Isnin, 28 September 2009

Birthday Izyan!!!



27 Sept 2009- Majlis Sambutan Harijadi Izyan disambut secara sederhana tetapi meriah di rumah Andak semalam. Tidak ramai yang hadir pada jam 6 dan mungkin semakin bertambah menjelang Maghrib. Setakat jam 7 petang, keluarga Alang,Cikdan,anak-anak Along dan Achik sudah sampai. Manakala rakan-rakan Izyan dan anak-anak jiran turut bersama datang memeriahkan majlis harijadi ini. Antara hidangan yang disediakan ialah nasi lemak,keoteow,mee goreng dan kuih muih. Kepada Izyan: HAPPY BIRTHDAY!!!

Sabtu, 26 September 2009

Menjejaki Pusara Nenenda2 Waris 279

Pusara Ayahanda,Bonda,Tok Aji dan Tok Mah di Masjid Alor Merah
Pusara nenenda-nenenda dan ayahanda2 di Paya Keladi
Pusara Tok Hj Aroff, Wa Mat, Mak Ngah Asia dan saudara lain di Permatang Pasir

Sempena ketibaan Aidil fitri tahun ini, selain menziarahi sanak saudara yang dekat dan jauh yang masih hidup, waris 279 juga mengambil kesempatan menziarahi pusara ayahanda bonda,nenenda di Alor Merah, nenenda-nenenda di Paya Keladi yang banyak menempatkan kubur saudara-saudara sebelah Mak Tok termasuklah Atas Tok Nyang(Tok Mat Aris), Tok Nyang (Md Taib), Tok Nek(Tok Yaakob), Tok Wan (Hj Omar, Ayah Mak Tok), dan kekanda-kekanda mak tok yang lain seperti Wa Rashid dan Pak Ngah Hashim. Di Masjid Permatang Pasir pula, waris 279 sempat menziarahi pusara Tok Hj Aroff (ayahanda Tok Ayah), Wa Mat (Ayahanda Angah Sungai), Mak Ngah Asiah (kekanda Tok Ayah) dan pupu papat arwah Tok Ayah yang banyak dikebumikan di situ. Ahli waris 279 mendoakan agar roh kesemua mereka dicucuri rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan bersama-sama hamba Allah yang soleh....... Al-Fatihah!!!

Kenduri Rumah Mak Ngah Kor (Tokteh Mat)

Pakngah (tuan kenduri) dan Paklong Khorib (duduk) menunggu kedatangan jemputan
Paklang Wan antara yang menyambut kedatangan kami......

26 Sept 2009- Sekali lagi hari ini rombongan waris 279 bergerak ke Kepala Batas, Seberang Perai. Kali ini ke Permatang Tinggi Bakar Bata, rumah Makngah Kor kerana kenduri kahwin 2 orang anaknya. Antara yang turut serta ialah Cik Dan sekeluarga, Anjang sekeluarga, Alang, Achik dan anak-anak Atam. Seronok juga bila boleh jumpa adik beradik yang lama dah tak jumpa khususny anak-anak Tok Teh Mat seperti Paklong Khorib (bekas Pengarah Filem),Paklang Wan, Makngah, Makjang dan Makteh. Nampaknya mereka semua masih cam dan ingat kita semua lagi. Insya Allah ada masa kita ziarah sekali lagi!!!

Selasa, 22 September 2009

Sambutan Aidilfitri Waris 279 Meriah!!!

Rumah Waris 279.....tempat berkumpul
Rumah Angah Sungai.....
Rumah Pakngah Lah
Rumah Along..... Laksa
Rumah Paklang....Pmt Pak Elong
Rumah Makngah ........ Permatang 3 Ringgit
Rumah Paktam Kamal..... Paya Keladi
Rumah Paksu...... Paya Keladi

20-21 Sept 2009- Sambutan Aidil Fitri Waris 279 meriah berbanding tahun lalu. Bermula dari Hari Raya Pertama lagi, ahli waris 279 telah berkumpul dari sebuah rumah ke rumah yang lain. Sudah semestinya rumah pusaka waris 279 lubuk berkumpulnya waris 279. Tak kurang juga yang sempat menziarahi rumah Angah Sungai, rumah Along dan rumah Andak. Tentang menu, tok sah dok ceritalah, memang best-best belaka. Dari nasi lemak, laksa, bihun, ketupat semuanya ada sampai tak larat nak makan.
Kemuncak sambutan raya tahun ini ialah rombongan ke Kepala Batas, Seberang Perai. Dengan berkonvoi sebanyak 9 buah kereta (kecuali Agah saja yang tak ikut), rumah Paklang Mat Zain menjadi destinasi pertama. Agak meriah di sana ditambah dengan tangisan oleh Paklang yang mungkin rasa sungguh seronok dengan kedatangan waris 279. Kemudian ke rumah Pak Ngah Lah di Permatang Pauh, rumah Mak Ngah Puan di Permatang 3 Ringgit, Pak Tam Kamal dan Paksu Mat di Paya Keladi. Sungguh riuh rendah apabila kesemua waris Hj Omar bertemu. Al-maklumlah mungkin lama tak jumpa. Insya Allah kalau ada masa boleh buat majlis khusus untuk keluarga Hj Omar pula pada masa akan datang.
Insya Allah nanti ada masa Cik Dan akan upload gambar-gambar raya(boleh link).

Sabtu, 19 September 2009

Majlis Ifthar di rumah Cik Dan!!

Antara yang sibuk dok menyiapkan hidangan
Antara yang sibuk dok bersembang
Yang kalut dok main bunga api
Kalut dok makan
Time moreh..... kenyanggg sungguh

18 Sept 2009- Seperti yang dirancang, Ifthar Waris 279 berlangsung dengan meriah. Wanie dan Saufi pertama kali berbuka bersama. Hujan lebat dan gigitan nyamuk tidak menghalang waris 279 terus bercerita dan bersembang. Macam-macam program yang dirancang. Moga Syawal kali ini akan lebih bermakna dan bererti buat semua ahli waris 279. SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Isnin, 14 September 2009

Ifthar di Taman Malaysia dan Menu Berikutnya!!

Biasala riuh masa berbuka....
Sapa pulak dok pi beli bunga api
Siap sedia solat terawih
Tahlil.....
Sempat lagi jenguk blog

12 Sept 2009- Macam biasa, Ifthar mingguan berjalan seperti yang diarancang. Nampak ahli bertambah balik berbanding dengan rumah Atam dulu. Yang tak dak ahli cawangan KL dan mereka yang masih kuat belajar di perantauan. Majlis kali ini turut diadakan Tahlil arwah ayahanda yang kembali ke rahmatullah pada 22 Ramadan 7 tahun lalu. Terima kasih untuk semua!!!

Untuk Ifthar seterusnya, adalah seperti berikut :

Tarikh : 18 September 2009/28 Ramadan 1430
Masa : 6.30 p.m
Tempat : Rumah Cik Dan

Menu:
Angah Sungai : Kuih
Along : Salad
Angah : Roti Jala
Alang : Mee Kuah
Anjang : Ayam Panggang
Andak : Bubur
Atam : Nasi Goreng
Cik Dan : Nuggets/Satay
Achik : Dessert

Pakat-Pakat Mai, Jangan Tak Mai!!!!

Jumaat, 11 September 2009

Berbuka di Hotel Seri Malaysia!!!

Keluarga turut memeriahkan majlis berbuka kelmarin
Gerai Ais Kacang.....tumpuan kanak-kanak
Sabaaar menanti waktu berbuka.....
Nasi Kiki.....ada lagi yang lain
Dah mula makan.....

10 Sept 2009- Perancangan mengejut beberapa orang ahli waris 279 untuk berbuka di Hotel Seri Malaysia kelmarin telah menjadi kenyataan. Keluarga Alang,Andak,Anjang dan Cik Dan sempat meluangkan masa berbuka bersama di hotel tersebut. Makanan banyak la juga tapi tak larat nak makan. Boleh dikatakan semua menu yang disediakan telah dicuba oleh ahli waris 279 yang hadir. Alhamdulillah semuanya sedaaaap pasal lapar. Tapi sayang juga ada yang makan sikit sebab terlalu kekenyagan. Apa pun boleh try kat tempat lain pula pada masa depan.....

Selasa, 8 September 2009

Berbuka di Masjid Alor Merah!

Tukang masak 2 beranak(Pak Hameed dan anaknya Razak)
Orang kuat Masjid Pak Bakar(tengah)
Bang Ak (kuning) membantu beridang
Antara jemaah yang hadir berbuka

6 September 2009- Seperti tahun-tahun lepas, waris 279 telah mengadakan majlis berbuka puasa di Masjid Alor Merah. Pada tahun ini kebetulan giliran waris 279 jatuh pada malam Nuzul Al-Quran. Yang sempat hadir berbuka di Masjid Alor Merah ialah Cik Dan, Paklang,Pakjang, Ayman, Helmi,Fauzan dan Rafiq. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Orang yang datang berbuka adalah lebih kurang 40 orang. Tapi apa pun makanan sedap. Tukang masaknya ialah Pak Hameed yang jual mee tu la. Terima kasih juga kepada Pak Bakar dan Bang Ak yang bertungkus lumus beridang dan menyimpan. Juga kepada Pakjang Fisol yang menguruskan majlis ini dengan jayanya. Terima kasih juga kepada semua ahli waris 279 yang memberi sumbangan wang menjayakan majlis ini.

Sabtu, 5 September 2009

Ifthar di Rumah Atam dan Program Seterusnya.....

Alang sempat ziarah Makcik di KMC sebelum ke Rumah Atam
Tunggu main bunga api
Moreh....
Mesyuarat bincang program seterusnya....
Geng lewat berbuka pasal kalut beridang.....menu banyak
Macam biasa la....riuh bila jumpa

4 Sept- Macam dijanjikan, ahli waris 279 berkumpul di Kuala Nerang- Rumah Atam. Walau pun agak jauh tetapi semangat kekeluargaan untuk berbuka bersama-sama tidak menghalang ahli waris 279 untuk ke sana. Antara yang sampai awal ialah Angah dan Anjang. Namun Ifthar kali ini kurang ahlinya sedikit kerana Achik and the gang bersama dengan ahli waris 279 Cawangan Kuala Lumpur berbuka di Hotel 5 bintang.

Dalam pada itu, dalam mesyuarat menentukan Ifthar seterusnya, semua ahli jawatankuasa bersetuju untuk mengadakan majlis Ifthar dan tahlih khas untuk arwah ayahanda pada 22 Ramadan iaitu tarikh ayahanda pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Sehubungan itu, dijemput semua ahli waris 279 hadir dan membawa menu yang ditetapkan seperti berikut:

Tarikh: 12 September 2009/22 Ramadan 1430 (Sabtu) Masa :7.00 malam Tempat:Kediaman Waris 279 di Taman Malaysia
Menu :
Angah Sungai : Bengkang

Along : Acar Timun + Air Asam

Angah : Sardin Gulung

Alang : Murtabak

Anjang : Nasi Ayam
Andak : Ayam Goreng

Atam : Gedung Chak

Cik Dan : Cendol

Achik : Dessert & Minuman


Tahlil akan diadakan selepas solat terawih!!!

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN WARIS 279 DI MASJID ALOR MERAH AKAN DIADAKAN PADA HARI AHAD 6 SEPTEMBER 2009 (MALAM NUZUL AL-QURAN). PARA BAPA AHLI WARIS 279 DIJEMPUT BERBUKA DIMASJID!!!

Selasa, 1 September 2009

Ifthar di Sungai Baru!!!

Dekat nak berbuka......kalut berhidang
Pulun jangan tak pulun..... semuanya selesai!!!
Biasa la....solat terawih
Penyediaan moreh
Moreh yang menyelerakan

31 Ogos 2009- Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara Kali ke-52, waris 279 mengambil kesempatan mengadakan Ifthar Jamaie kali ke-2 bulan ini. Boleh dikatakan semua ahli waris 279 hadir kecualilah mereka yang berada di perantauan. Yang bertambah kali ini ialah Kak Ngah dan Fazli. Menu seperti yang dirancang telah disediakan dan habis semuanya dimakan oleh ahli waris 279 yang sememangnya tidak mahu membazir. Terima kasih diucapkan kepada keluarga Angah Sungai sekeluarga yang sudi menyediakan tempat berbuka dan hidangan yang menyelerakan. Moga kita bertemu pula di rumah Atam Jumaat ini, Insya Allah.