Sabtu, 29 Ogos 2009

Iftar di Rumah Andak dan Tugasan Berikutnya!!

Makan....Makan.... Semuanya sedaap
Time Makan.... Pandai dok diam pulak budak-budak ni
Mesyuarat Terkejut.....
Bersedia untuk solat terawih
Penat solat ka atau letih makan?

28 Ogos 2009- Alhamdulillah, seperti dirancang majlis Iftar Jamaie atau Berpuka Puasa dapat juga diadakan di rumah Andak semalam. Ini adalah Iftar kali-1 bagi waris 279 dan akan disusuli dengan Iftar di rumah ahli waris 279 yang lain pula. Iftar semalam turtu dihadiri oleh ahli waris 279 yang jauh iaitu family Cu Lin. Majlis tetap meriah macam biasa dimulakan dengan doa berbuka, makan, solat Maghrib dan solat Terawih.

Dalam pada itu mesyuarat terkejut yang diadakan semalam telah mengambil keputusan tergempar untuk mengadakan Iftar Jamaie kali ke-2 di rumah Angah Sungai pada 31 Ogos 2009 atau 10 Ramadan 1430H. Berikut adalah menu yang perlu disediakan oleh waris 279

Angah Sungai : Nasi Putih dan Gulai Daging
Along : Cabai Patah

Angah : UdangGoreng
Alang : Murtabak

Anjang :Telur Balado
Andak : Ikan berinti
Atam : Kanji

Cik Dan : Ayam Panggang

Achik : Dessert


Untuk Iftar di rumah Atam yang telah ditetapkan pada 4 September 2009 pula, menunya seperti berikut:

Atam : Nasi Tomato dan Korma telur
Angah Sungai :Kuih Pedas
Along : Jelatah & Air Asam

Angah : Tepung Pelita

Alang : akan umum kemudian
Anjang : Daging Bakar
Andak : Ayam
Mak cik : Kelempung & Perut Rebus

Achik : Dessert


Sebarang maklumat lanjut, hubungi Anjang!!!!

Sabtu, 22 Ogos 2009

Majlis Berbuka Puasa Waris 279 & Keputusan Mesyuarat!

Assalamualaikum! Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Berbuka Puasa Waris 279 pada 21 Ogos 2009 telah memutuskan bahawa majlis berbuka puasa akan diadakan mengikut giliran seperti berikut sepanjang Ramadan 1430H:

28 Ogos 2009: Rumah Andak
4 September 2009 : Rumah Atam
11 September 2009 : Rumah Angah Sungai
17 September 2009 : Hotel Regency (Sila maklum segera kepada Angah jika nak ikut, perlu cepat untuk tujuan tempahan)
18 September 2009 : Rumah Cik Dan

Semua ahli waris 279 dijemput hadir pada tarikh dan tempat yang ditetapkan sebelum jam 7.00 malam. Sila bawa menu yang dipersetujui oleh ahli mesyuarat. Untuk Majlis Berbuka Puasa Yang Pertama pada 28 Ogos 2009 di rumah Andak, mereka yang perlu menyediakan menu makan adalah seperti berikut:

Andak : Nasi + Ayam masak merah
Alang : Sayur Pucuk
Along : Ikan Masak Cabai
Atam : Kanji
Cik Dan : kuih (Manis)
Angah : Pegedil
Angah Sungai : Kerabu
Anjang : Ikan Bakar + Air Asam
Cu Lin : Kuih Pedaas
Ateh : Cendoi
Achik: Ais/minuman


Selain itu, mesyuarat juga bersetuju untuk membuat collection duit sempena majlis berbuka puasa dan tahlil arwah ayahanda bonda di Masjid Alor Merah. Sumbangan boleh diberikan kepada Cik Dan selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2009. Kutipan moreh akan dikumpul oleh Anjang.

Di samping itu mesyuarat juga bersetuju untuk konvoi menziarah saudara mara di Paya Keladi dan Kepala Batas pada hari raya kedua. Mereka yang bersetuju sila maklumkan dengan segera kepada Along untuk urusan pentadbiran dan aturcara.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Lagi Gambar Gathering dan Bowling!!!

Dah round ke berapa ni.....

Syoknya budak2..... boleh main belon
Pakar masak...... Angah Sungai

Jaga Atam.... satgi jatuh pulak bola tu.....
Barisan hakim yang berwibawa
Paktam dok timbang berat bola
Syamil gagal mempamerkan aksi sebenar
Bakal jagoan dunia...... Ustaz Hafiz
Dok belek hadiah.....

Isnin, 3 Ogos 2009

Pasukan Kuning Unggul !!!

Kanak-Kanak adalah mereka yang paling gembira ketika pertandingan
Lagak seorang juara
Bergambar beramai-ramai selepas pertandingan

1 Ogos 2009- Seperti yang dijangka,pasukan Kuning tidak menghadapi masalah untuk menjuarai Kejohanan Tertutup Bowling Waris 279 Sabtu lepas. Pasukan yang dianggotai oleh Cik Dan,Fazly, Yana,Saufi dan Angah Sungai telah menunjukkan permainan yang konsisten sejak awal permainan lagi. Walaupun dicabar hebat oleh pasukan merah,putih dan hijau namun berkat kesabaran pemain-pemain kuning telah membuahkan hasil. Menurut Yana, salah seorang anggota pasukan Kuning, beliau begitu teruja dengan perlawanan ini tetapi bangga apabila dapat membantu rakann sepasukan untuk bergelar juara. Sementara itu Faiz, salah seorang pencabar terdekat kejohanan ini yang mewakili pasukan Putih akur dengan kehebatan kuning dan berazam untuk bangkit pada kejohanan-kejohanan akan datang. Pertandingan bowling ini diadakan sempena majlis perjumpaan waris 279 yang boleh dikatakan semua ahlinya telah hadir. Moga program ini dapat diadakan pada masa akan datang.

Ahad, 2 Ogos 2009

Majlis 279 Meriahhhhh!




1 Ogos- Gathering waris 279 kelmarin berlangsung dengan penuh meriah. Boleh dikatakan semuanya hadir kecuali Pakteh,Kak Long danWani. Pelbagai jenis juadah dan makanan dihidangkan sampai tak larat nak makan. Walau pun hujan turun dengan lebat, ianya tidak menghalang perjalanan majlis ini yang bermula seawal jam 3 petang lagi. Daging bakar, udang bakar, ketam bakar dan ayam bakar adalah antara menu yang mendapat tumpuan selain satay. Suasana riuh rendah macam biasalah, dengan budak-budaknya, dewasanya dan termasuklah yang tuanya. Suasana macam nilah yang jarang kita dapat buat dan Insya Allah boleh dirancang lagi pada masa akan datang.