Selasa, 8 Jun 2010

Kenduri Ati Meriah!!!







6 Jun 2010- Kenduri Izzatti bt Ibrahim dengan pasangannya Saidi berlangsung dengan meriahnya di Taman Purnama.Hujan lebat yang turun mencurah-curah sejak awal pagi langsung tidak menghalang kemeriahan kenduri ini. Kehadiran orang ramai dan para jemputan sejak jam 11 pagi lagi menambahkan lagi seri majlis ini. Agak kelam kabut juga para jawatankuasa sambutan dan makanan dalam merai dan melayan para tetamu yang datang tanpa henti-henti. Kedua-dua Angah nampak sangat keletihan tetapi mereka tetap gembira dengan kehadiran para tetamu yang dijemput. Juadah untuk kenduri ini juga amat menyelerakan.....selain nasi kenduri dan lauk pauknya, cendol,rojak,bubur,tapai,laksa,keoteow dan teh tarik turut diserbu para tetamu. Amat memenatkan mereka yang bertugas di gerai-gerai tersebut namun puas bila melihat segala-galanya licin dan habis. Justeru, di kesempatan ini, admin waris 279 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan kenduri ini dan Insya Allah kita berjumpa lagi pada kenduri akan datang....tapi siapa ya....?

Rabu, 2 Jun 2010

Persiapan Kenduri Berjalan Lancar!!





2 Jun 2010- Tinggal 4 hari sahaja lagi kenduri perkahwinan Izzatti akan berlangsung. Sejak Jumaat lepas ahli waris 279 telah mula berkampung di rumah Angah untuk persiapan awal. Banyak kerja-kerja wal yang telah disiapkan. Dijangkakan kerja akan bertambah dan lebih rancak pada hari Jumaat ini. Justeru dipohon semua ahli waris 279 agar hadir beramai-ramai pada hari Jumaat dan Sabtu ini bagi membantu Angah menyelesaikan kerja-kerja tertunggak.