Isnin, 29 Oktober 2012

Peringatan: Rehlah Ke Gunung Jerai!!!

Assalamualaikum! Kepada semua ahli waris 279 yang akan menyertai "Perkhemahan Perdana" di Gunung Jerai, sila pastikan perkara-perkara berikut dimaklumi dan dilaksanakan:

1.Ahli waris 279 boleh bertolak selepas jam 1 tgh. Bagi mereka yang akan membawa kenderaan sendiri untuk naik ke atas, boleh bertolak dari Alor Setar dari jam 3 petang. Kita berkumpul di R&R Gurun. Setakat ni family Cik Dan, Cu Lin dan Achik yang dah setuju untuk bawa kenderaan.

2.Sila bawa pakaian dan peralatan secukupnya untuk tujuan rekreasi, games, sport, swimming, solat dan bersantai.

3. Sila bawa makanan secukupnya untuk 3 hari. Bawalah apa sahaja asalkan boleh sama-sama dapat makan. Untuk menu makan hari Khamis (hari pertama) dipohon family Along, Cik Dan dan Alang memasak nasi. Family Andak masak gulai daging+ubi, Alang masak sambal tumis, Cik Dan beli ayam, Along sediakan ulam+ sambal, Atam sediakan sayur atau kerabu ka (nyam, nyam, sedapnyaa). Yang lain bolehla pikiaq nak mask apa2. Kalau boleh Alang tolong cadang kat Angah masak apa-apa sejenis lagi.

3.Family Cik Dan dan Andak diminta bawa beras untuk tempoh dua hari. Along bawa sardin. Achik diminta bawa air mineral dan sosej. Cu Lin bawa telur dan kek.

4. Diminta juga semua family bawa roti saiz besar sebuku, maggi cup (1/2 dozen) dan air secukupnya.

5. Yang lain tu terpulanglah nak bawa apa pun. Paling penting yang ada dapur macam Cu Lin dengan Along, tolong bawa sama.

6. Kalau ada apa-apa yang tertinggal, tolong tulis kat sembang-sembang 279. OK!

Satu lagi yang belum bayar duit penginapan/perkhemahan sila bawa pada hari tersebut!

Sambutan Hari Raya Aidil Adha


27 Okt 2012- Sambutan Hari Raya Aidil Adha Waris 279 disambut meriah di rumah Angah Sungai. Sudah lama sambutan hari raya korban waris 279 tidak disambut semeriah ini. Hampir seekor lembu dikorbankan dan di seterusnya disediakan jamuan yang amat enak untuk semua tetamu. Boleh dikatakan semua ahli waris 279 balik dan berkumpul kecuali family Angah yang pergi beraya di Klang. Yang seronoknya kali ni ada ais kacang dan perkhidmatan mengurut kaki. Apa pun terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini dan Insya Allah tahun depan kita cuba buat seekor lembu.

Isnin, 22 Oktober 2012

PENGUMUMAN PENTING SEMPENA AIDIL ADHA

ASSALAMUALAIKUM! ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA MAJLIS SAMBUTAN AIDIL ADHA DAN KENDURI ARWAH WARIS 279 AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:

TARIKH : 27 OKTOBER 2012 (SABTU)
TEMPAT : RUMAH ANGAH SUNGAI

SEHUBUNGAN ITU, SEMUA AHLI WARIS 279 DIMINTA BERKUMPUL DI RUMAH ANGAH SUNGAI MULAI JAM 10.00 PAGI UNTUK TUJUAN PERSIAPAN KENDURI SEPERTI MEMOTONG DAGING DAN MEMASAK. INSYA ALLAH TETAMU JEMPUTAN AKAN MULA DATANG JAM 4 PETANG.

ADALAH DIPOHON SETIAP KELUARGA MENYUMBANG RM 50.00 UNTUK TUJUAN TERSEBUT. SILA SERAHKAN KEPADA ALONG PADA HARI TERSEBUT. JUGA DIPOHON MEMASAK SEPERIUK NASI UNTUK DIBAWA KE RUMAH ANGAH SUNGAI. SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI MENU DAN SUMBANGAN BOLEH TANYA ALONG!

SEKIAN!!!!

Isnin, 8 Oktober 2012