Ahad, 27 November 2011

Sejarah 21 tahun lalu!



28 November 1990- Sedar-sedar dah 21 tahun berlalu! Anugerah Keluarga Bahagia yang diterima oleh keluarga waris 279 pada tarikh tersebut oleh pihak kerajaan amat dikenang. Malah di peringkat kebangsaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang sampaikan. Bangga melihat Al-Marhum Tok Ayah dan Al-Marhumah Mak Tok naik ke pentas menerima anugerah tersebut. Sayangnya Cik Dan dan Ateh tak dak sebab sedang belajar di luar negara. Yang lain rasanya dapat bersama Tok Ayah dan Mak Tok. Pengorbanan Tok Ayah dan Mak Tok sememangnya tiada tandingan dan tidak terbalas. Nampaknya tiada seorang pun anak-anak depa yang dapat ikut. Mana tidaknya, mana ada sorang pun ada anak lebih 5. Tiga orang pun dah tak larat nak jaga. Tok Ayah dan Mak Tok jaga 10 orang tambah lagi dengan anak-anak angkat yang lain..... ramai. Walaupun pendapatan kecik tapi berkat, itu yang kita nak. Moga anak-anak dan cucu Tok Ayah yang lain ada yang dapat ikut jejak mereka suatu hari nanti dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya dan bahagia sehingga hari ini. Ya Allah! Engkau limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada semua keturunan kami! Moga Kami semua sentiasa berpegang teguh dengan aqidah Islam dan Iman yang telah ditanam oleh ibu bapa kami! Ya Allah! Kasihanilah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka mengasihani kami semasa kami keci! Ya Allah! Tempatkanlah mereka berdua dalam kalangan orang yang soleh dan sentiasa didalam perlindunganMU! Amiiiii Ya Rabbal 'Alamin!

Afeef Berkhatan!





26 Nov 2011- Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar kelmarin. Afeef selamat di khatankan di Poliklinik Ehsan. Nampak Ok ja dia, tak nampak takut langsung....ok la tu. Yang penting dia tak teriak. Cu Lin juga sempat mengadakan sedikit jamuan sempena khatan Afeef ni. Ramai juga datang sampai ke tengah malam. Geng Waris 279 pula ambil kesempatan berkumpul di rumah CuLin untuk main futsal....fuh sampai ada yang tersalah urat, cedera dsb. Tapi memang besttt. Insya Allah akan ada lagi game yang menarik bila berkumpul nanti.

Sabtu, 12 November 2011

Yana Bertunang ! Tahniah!






4 Nov 2011- Alhamdulillah, semua perancangan yang diatur untuk majlis pertunangan Yana berjalan baik walaupun rombongan lelaki tiba agak lewat sikit. Perbincangan kedua pihak hanya mengambil masa 15 minit sebelum jamuan tengahari disediakan. Insya Allah majlis ijab kabul akan diadakan pada 17 Disember 2011 manakala 18 Disember pula ialah hari kenduri yang akan diadakan di dewan JPN.