Sabtu, 4 Disember 2010

Peringatan:Persiapan Akad Nikah Mimi!!!

Assalamualaikum: Di bawah ini adalah senarai hantaran yang perlu disediakan oleh ahli waris 279:

Angah Sungai : Buah-buahan
Angah : Sirih Junjung
Alang : Kuih Karas
Anjang : Coklat
Andak : Halwa Betik
Ateh : Nasi
Atam : Ayam Golek
Cik Dan : Bahulu
Achik : Kad kenduri
Cu Lin : Kek

Majlis Akad Nikah akan dijalankan pada 17hb Disember 2010 (Jumaat). Semua ahli waris 279 diminta hadir ke rumah Along di Taman Bayu pada jam 9.00 pagi pada hari tersebut untuk persiapan majlis. Akad Nikah jam 4 petang. Semua dijemput hadir....jgn ada yang tertinggal...tolong pakat2 peringat. Satu lagi, hantaran hantar kat rumah Along pada 16 Disember. Duit kutipan kenduri juga sila bagi pada Cik Dan selewat-lewatnya pada 20 Disember 2010.
Mesyuarat juga akan diadakan pada 17 Disember. Waktu kita tengok keadaan.

Khamis, 4 November 2010

Rombongan ke Cameron Highland DiTangguh, Kediaman Waris 279 ditenggalami banjir!!






4 Nov 2010- Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli waris 279 bahawa rombongan ke Cameron Highlands yang dijadualkan pada 5 dan 6 November ditangguhkan. Penangguhan ini terpaksa dilakukan kerana banjir besar melanda Alor Setar.Antara anggota waris 279 yang turut terlibat dengan bencana ini ialah Atam,Anjang dan Angah Sungai. Kediaman waris 279 di Taman Malaysia turut ditenggalami air. Banjir kali ini dianggap terburuk dalam sejarah banjir di sekitar Jitra dan Alor Setar. Walaupun kediaman waris 279 pernah dilanda air bah beberapa kali tetapi banjir kali amat buruk. Pagi tadi cik dan dan Helmi sempat meninjau keadaan sekitar taman malaysia dan kediaman waris 279 dan didapati keadaannya semakin buruk berbanding petang kelmarin. Didoakan agar semuanya selamat dan kita memohon perlindungan daripada Allah s.w.t agar semuanya dijauhi daripada malapetaka yang lebih besar.

Dalam pada itu, semua waris 279 dijemput hadir ke mesyuarat tergempar pada malam ini, 4 November 2010 jam 8 malam di rumah Andak.

Sabtu, 30 Oktober 2010

PERINGATAN!!!

Insya Allah...moga kita semua selamat sampai dan balik.....

Sekadar peringatan apa yang telah dipersetujui ketika mesyuarat Hari Keluarga Waris 279 yang akan diadakan pada 5-6 November ini di Cameron Highlands. Harap semua pakat2 ambil perhatian supaya ada pula kata tak tau atau terlupa:

1. Semua Ahli waris 279 di Alor Setar dan sekitarnya dikehendaki berkumpul di perkarangan JPN Kedah pada 5hb Nov jam 7 pagi. Pukul 7.30 pagi tayar bas mula 'bergolek'. So jangan lewat agar segala atur cara yang disusun atur tergendala disebabkan 'anda'.

2.Bagi yang datang dari Lembah Kelang pastikan anda tiba di CH pada jam 12.30 tgh. Komunikasi melalui hand phone amat penting pada hari tersebut. Pastikan bateri handphone anda tidak 'kong' pada hari tersebut.

3. Bawa yuran rombongan mengikut kadar yang telah dipersetujui pada hari tersebut.

4. Penyediaan Makan Tengahari (5hb Nov) :
-Along (Nasi + Ikan Goreng + Sambal)
-Angah (Telur Rebus)
-Alang (Sardin Pedas+ Nasi)
-Andak (Ayam Masak Kicap)
-Cik Dan(Nasi + Nugget)
- Angah Sungai (Sardin untuk budak-budak x pedas)

5. Penyediaan Makan Malam (5 hb Nov)
-Along (beli ayam dan sosej)
-Cik Dan (Beli ikan)
-Andak (Perap ikan)
-Kaum Hawa (Memasak nasi+ tomyam)
-Kaum Adam (Bakar Ayam+Ikan+Sosej)

Atam : Akan sediakan sandwich untuk sarapan pagi (dalam perjalanan ke CH)
Untuk ahli yang datang dari Lembah Kelang ,bawalah apa yang patut.

Along, Cik Dan, Andak dan Alang (tolong bawa rice cooker)
Along ( Kalau boleh tolong bawa belanga besar sikit)

Satu lagi.....penginapan kita di apartment kerana ruang tamu agak besar dan boleh tampung ahli waris 279 berbanding rumah yang agak kecil(maklumat dari tuan punya rumah).
*** Kalau boleh bawa spare bantal kecil dan selimut(mesti tak cukup di sana) selain jaket kut sejuk malam2.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Dan!

Selamat Bersedia! Insya Allah berjumpa di CH pada 5hb Nov.

Sabtu, 25 September 2010

Rombongan ke Cameron Highland

Assalamualaikum Semua Ahli Waris 279,

Insya Allah sekiranya semua perancangan berjalan lancar, rombongan ke Cameron Highland dijadualkan pada 5 & 6 November 2010. Ahli waris 279 yang berminat sila maklumkan segera kepada Cik Dan sebelum 30 September 2010. Cik Dan akan maklumkan yuran penyertaan pada 30hb Sept (malam Jumaat) pada masa majlis bacaan Yaasin di rumah baru Achik. Cik Dan perlukan 'cornfirmation' daripada ahli waris 279 dulu baru boleh dibuat kiraan tambang bas dan tempat penginapan. Sekian

Ahli waris 279 yang dah setuju:

1-Keluarga Cik Dan(5)
2.Keluarga Andak(5)

Selasa, 14 September 2010

Sambutan Aidil Fitri Waris 279 Meriah!!!

Di rumah Bg Din Kak Ana Sg Petani
Rumah Pak Ngah Lah
Menjamu nasi lemak di rumah Pak Lang Mat Zain
Bersama Mak Ngah Puan & keluarga
Rumah Pak Tam Kamal
Makan Laksa Goreng di rumah Paksu Mat
Ziarah kubur Tok Wan
Rumah terbuka Along
Ziarah Makcik Aliah pagi raya 1
Bergambar sebelum keluar beraya

Sambutan Aidil Fitri waris 279 tahun ini meriah. Sejak hari raya pertama lagi boleh dikatakan semua ahli waris telah mula berkumpul (kecuali keluarga Culin). Selepas bersembang seketika di rumah pusaka 279,rumah terbuka Along menjadi destinasi untuk diisi perut. Menu laksa,bihun sup dan nasi tomato menjadi hidangan untuk dimakan. Hari raya kedua tiba giliran rumah Angah dan Anjang. Macam biasa la kena serbu dan pastinya suasana begitu riuh dengan semua adik beradik berkumpul. Paling syok ialah raya ketiga dan seperti tahun lalu rombongan ke Kepala Batas, Seberang Perai dilawati. 6 buah kereta dari Alor setar bergerak ke Masjid Paya Keladi untuk menziarahi kubur nenenda2 dan ayahanda2. Kemudian makan laksa goreng di rumah Paksu Mat, ziarah Dah Non, rumah Paktam, Makngah, Paklang Mat Zain,Pak Ngah Lah dan disudahi dengan makan laksa di rumah Bg. Din Kak Ana di Sg.Petani. Andak pula mengadakan rumah terbukanya pada raya ke-4 manakala Alang raya ke-7.

Rabu, 8 September 2010

Cebisan Kisah Dari Tok Ayah- Sempena 8 tahun pemergian Tok Ayah

Assalamualaikum semua waris 279.....22 Ramadan pasti menjadi ingatan kita semua kerana pada hari itulah Tok Ayah meninggalkan kita buat selama-lamanya..... Bersempena Aidil Fitri tahun ini , ingin dipersembahkan beberapa kenangan manis Tok Ayah yang sempat dikutip dari buku catatan Tok Ayah, antaranya:

1.Ketika saya (tok ayah) berumur 9 tahun (lebih kurang tahun 1934),Kanda Hj Mohamad membawa saya ke Pulau Pinang dengan menaiki bas kemudian feri dan tremdi bandar Tanjung. Alangkah gembiranya dengan kali pertama melihat dan menaiki feri. Zaman itu ada kelas satu, kelas dua dan cara pemeriksa tiket dan jualan-jualan di atas feri.Kemudian naik trem yang belum pernah juga dinaiki, kemudian Kanda Hj Mohamad bawa masuk kedai jual murah dan makan mee di kedai berdekatan.

2.Ketika saya berumur 11 tahun, kebetulan kekurangan qari dari murid-murid sekolah rendah. Saya minta daripada Haji Ahmad, guru Quran hendak ikut bersama-sama mereka ke Alor Setar. Dia bersetuju dengan syarat katanya saya mesti ambil bahagian membaca Quran di Masjid Zahir. Saya terima syaratnya tetapi suara saya taklah semerdu sebagaimana kawan-kawan lain. Selepas dua malam membaca Quran bermalam di rumah waqaf yang disediakan di Masjid Zahir. Saya pulang ke rumah dengan gembira kerana mendapat wang dan dapat membeli sepasang kasut sepatu hitam, selain itu di Alor Setar kenangan masih ingat lagi dengan dapat melihat polis Benggali membakar meriam sebagai tanda masuknya waktu berbuka puasa. Inilah kali pertama saya datang ke Alor Setar dan lebih gembira Ayahanda Hj Arof turut bersama.

3.Hari menerima Sijil (Syahadah) daripada Sultan Badlishah pada hari Ihtifal. Hari bersejarah itu berlaku dalam tahun 1948 (7 Zulhijjah 1368). Hari amat gembira dan amat bangga).


اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه، اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنان ولا تجعل قبره حفرة من حفر النيران آمين يا رب العالمين

Al-Fatihah........

Sabtu, 4 September 2010

Berifthar di rumah Cik Dan!






3 Sept 2010- Setelah berifthar di rumah Andak, Taman Malaysia dan rumah Ateh, kini tiba pula giliran rumah Cik Dan. Boleh dikatakan semua ahli waris 279 di Kedah hadir. Kak Ngah dan Fazli juga turut sama walaupun agak terlewat dan nyaris tak ada lauk untuk berifthar. Seperti biasa semua ahli waris 279 yang hadir membawa lauk dan hidangan masing-masing untuk dimakan bersama.Majlil tahlil kali diadakan selepas solat terawih diadakan. Pada hari Rabu ini(8 Sept), majlis Ifthar akan diadakan di rumah Angah Sungai di Sg. Baru. Berikut adalah tugasan ahli waris 279 pada hari tersebut:

Angah Sungai : Nasi+gulai nangka
Angah : Kuih
Alang : Agar-Agar
Anjang : Ikan Bakar
Andak : Daging masak hitam
Atam : Sayur pucuk maman
Cik Dan : Ayam panggang

Semua ahli waris 279 dijemput hadir!!!
Untuk Cu Lin sekeluarga "SELAMAT BERANGKAT KE BANDUNG"

Ahad, 29 Ogos 2010

Berbuka Puasa di Rumah Ateh





27 Ogos 2010- Selama ini majlis berbuka puasa waris 279 hanya diadakan di Kedah tetapi kali ini tiba pula giliran ahli waris 279 yang berada di Lembah Kelang berkumpul. Rumah Ateh menjadi pilihan berbuka puasa. Family Cu Lin, Cik Dan dan Kak Long turut bersama memeriahkan majlis berbuka puasa di rumah Ateh. Hidangan nasi beryani ayam menjadi juadah utama selain kuih muih dan minuman. Ahli waris 279 juga telah mengadakan solat terawih berjemaah di rumah Ateh pada malam tersebut. Malam sebelumnya ahli waris 279 sempat berbuka puasa di Alamanda, Putrajaya. Moga majlis sebegini akan terus diadakan pada tahun-tahun akan datang.

Insya Allah, pada 3hb Sept majlis berbuka puasa akan diadakan di rumah Cik Dan. Dijemput semua ahli waris 279 hadir dan bagi mereka yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan hidangan harapa dapat membawanya pada hari tersebut.

Selasa, 10 Ogos 2010

JADUAL BERBUKA PUASA RAMADAN 1431H

Assalamualaikum! Berikut adalah jadual berbuka puasa waris 279 tahun ini:

13 Ogos - Rumah Andak
20 Ogos -Taman Malaysia
27 Ogos - Bebas (Mungkin ada majlis berbuka di Lembah Kelang)
3 Sept - Rumah Cik Dan
7 atau 8 Sept - Rumah Angah Sungai

Menu untuk berbuka di rumah Andak pada 13 Ogos:

-Gulai Ikan (Andak)
-Ayam panggang (Andak)
-Sayur (Angah)
-Kanji (Atam)
-Kuih manis (Achik)
-Kuih Pedas (Cik Dan)

Di rumah Andak majlis berbuka akan bermula jam 7 mlm dengan tahlil. Harap pakat mai awal sikit. Selain itu solat terawih secara berjemaah turut diadakan di rumah yang telah ditetapkan seperti di atas!!!!
SEMUA AHLI WARIS 279 DIJEMPUT HADIR!!!!

Jumaat, 9 Julai 2010

Majlis Kesyukuran di Rumah Along

Selamat Bersara Along!!!




9 Julai 2010- Seawal pagi Jumaat lagi ahli waris 279 telah menyerbu rumah Along di Taman Bayu.Gulai kelapa ikan,ayam goreng,nasi lemak,pulut dan banyak lagi hidangan lazat menjadi hidangan buat tetamu yang hadir. Kenduri kesyukuran ini diadakan kerana Along Tuah telah bersara paksa(wajib) pada 30 Jun lalu. Memang seronok tengok orang dah pencen....kosong kepala, lepas ni jadi suri rumah sepenuh masa la Along nampaknya... Kepada Along diucapkan "SELAMAT MENEMPUH ALAM PERSARAAN"!

Selasa, 8 Jun 2010

Kenduri Ati Meriah!!!







6 Jun 2010- Kenduri Izzatti bt Ibrahim dengan pasangannya Saidi berlangsung dengan meriahnya di Taman Purnama.Hujan lebat yang turun mencurah-curah sejak awal pagi langsung tidak menghalang kemeriahan kenduri ini. Kehadiran orang ramai dan para jemputan sejak jam 11 pagi lagi menambahkan lagi seri majlis ini. Agak kelam kabut juga para jawatankuasa sambutan dan makanan dalam merai dan melayan para tetamu yang datang tanpa henti-henti. Kedua-dua Angah nampak sangat keletihan tetapi mereka tetap gembira dengan kehadiran para tetamu yang dijemput. Juadah untuk kenduri ini juga amat menyelerakan.....selain nasi kenduri dan lauk pauknya, cendol,rojak,bubur,tapai,laksa,keoteow dan teh tarik turut diserbu para tetamu. Amat memenatkan mereka yang bertugas di gerai-gerai tersebut namun puas bila melihat segala-galanya licin dan habis. Justeru, di kesempatan ini, admin waris 279 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan kenduri ini dan Insya Allah kita berjumpa lagi pada kenduri akan datang....tapi siapa ya....?

Rabu, 2 Jun 2010

Persiapan Kenduri Berjalan Lancar!!





2 Jun 2010- Tinggal 4 hari sahaja lagi kenduri perkahwinan Izzatti akan berlangsung. Sejak Jumaat lepas ahli waris 279 telah mula berkampung di rumah Angah untuk persiapan awal. Banyak kerja-kerja wal yang telah disiapkan. Dijangkakan kerja akan bertambah dan lebih rancak pada hari Jumaat ini. Justeru dipohon semua ahli waris 279 agar hadir beramai-ramai pada hari Jumaat dan Sabtu ini bagi membantu Angah menyelesaikan kerja-kerja tertunggak.

Sabtu, 1 Mei 2010

Antara Keputusan Mesyuarat.....

Assalamualaikum..... antara keputusan mesyuarat di kediaman waris 279 berkenaan dengan kenduri Izzatti adalah seperti berikut:

26 Mei 2010: Tarikh akhir serah duit RM 200 kepada Cik Dan
28 Mei 2010 : Berkumpul di rumah Angah Tmn Purnama jam 10 pagi untuk buat persiapan awal dan perbicangan terakhir. Makkan tengahari di rumah Angah.
4-6Jun 2010: Dari pagi sampai malam di rumah Angah

Sebarang maklumat lanjut hubungi Cik Dan.....no tel masih tak berubah.

Selasa, 27 April 2010

MAJLIS TAHLIL DAN MESYUARAT KENDURI!

Assalamualaikum!
Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Tahlil dan Mesyuarat Kenduri Izzatti akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 30 April 2010
Hari : Jumaat
Masa : Tengahari(Makan dan Tahlil lepas Solat Jumaat)

Semua ahli waris 279 dijemput hadir dan dipohon membawa lauk untuk makan tengahari seperti yang telah dipersetujui:-

Angah Sungai : Ulam
Along : Ikan Bakar & Air Asam/Sambal
Angah : Sayur
Alang : Puding
Anjang : Nasi &Minuman
Andak : Gulai
Atam : Masak Lemak Udang
Cik Dan : Ayam Masak Kicap
Achik : Buah

Harap Maklum!

Rabu, 14 April 2010

Tahniah Kak Long&Hafiz!



12 April 2010- Tepat jam 3.45 petang, Kak Long (Ezmahani) selamat melahirkan anak sulungnya di Hospital An-Nur, Bandar Baru Bangi.Ini merupakan sejarah bagi keluarga Angah Sungai yang menerima cucu yang pertama. Anak kak long ni lelaki tapi belum diconfirmkan nama dia. Mungkin akan dibawa balik ke Alor Setar. Kalau balik ke sini senanglah pakat-pakat pi melawat. Jadi pakat-pakat ingatlah semua dah tua,jadi tok dan ada yang jadi Pak... atau Mak..... Di kesempatan ini waris 279 mengalu-alukan kehadiran warga baru waris 279 dan tahniah untuk Kak Long,Hafiz dan seluruh anggota keluarga Angah Sungai.

Isnin, 15 Mac 2010

Majlis Akad Nikah Lancar!

Alhamdulillah....dah kawin pun
Awat chek ketaq macam mesin singer ni?
Sabaar sat....satgi edi ok lah tu
Rombongan lelaki dah sampai
Antara barang hantaran.....

14 Mac 2010- Izatti menjadi cucu waris 279 pertama yang meneruskan tradisi akad nikah rumah pusaka 279. Tradisi majlis akad nikah ini sebenarnya dimulakan dengan Angah Sungai pada tahun 1977 dan berterusan kepada semua anak-anak perempuan Hj Azizan. Jesteru, majlis akad nikah kelmarin dianggap bersejarah kerana mengembalikan nostalgia majlis yang sama sebanyak 10 kali sebelum ini di rumah bertuah ini.
Majlis akad nikah yang bermula tepat jam 11 pagi telah disempurnakan oleh Tuan Syeikh Alauddin b Dato Syeikh Abu Bakar dengan anak teruna terpaksa melafazkan 4 kali Ijab akibat masalah 'teknikal' yang tak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun majlis tetap berjalan lancar dan meriah. Boleh dikatakan semua jemputan hadir untuk makan tengahari. Dianggarakan lebih 200 tetamu hadir pada majlis semalam dengan tetamu terakhir dilihat sampai pada jam 5.40 petang.Apa-apa pun kita tunggu pula majlis kenduri di rumah Angah pada 6 Jun nanti. Kepada Izzatti, warga waris 279 mengucapkan ":SELAMAT PENGANTIN BARU".

Ahad, 28 Februari 2010

Jenguk-jenguk Dulu!!!

Kaum Ibu sibuk membelek......
Anak-anak kena tinggal kat luar
Antara kotak bunga telur yang menjadi pilihan siapa lagi.....kalau tak......?

27 Feb 2010- Petang kelmarin, dengan tidak semena-mena, family Ateh dan Cu Lin datang makan tengahari di Rumah Cik Dan di Bangi. Alhamdulillah sedap sungguh gulai kepala ikan Ateh masak, ditambah kepedasan sambal tumis masakan Cu lin. Habis makan, kami semua bergegas ke Nilai 3 bukan untk shoping tapi sekadar menjamu mata dan jenguk-jenguk dulu barang-barang yang boleh dibeli untuk kenduri Ati nanti. Bila sampai kat situ memanglah banyak, bukan sekadar kedai sahaja yang terlalu banyak, barangan yang pelbagai jenis serta harga yang berbeza membuatkan ahli waris 279 yang pergi pening kepala....nak beli yang mana satu tak tau sebab semuanya cantik-cantik da harganya agak munasabahlah juga. Ada lah Ateh beli sikit untuk buat sampel, masa akad nikah Ati nanti boleh pakat belek dan tengok. Tapi rasanya Angah kena mai sendiri.......

Selasa, 16 Februari 2010

Sambutan 'Raya' Yang Meriah!

Assalamualaikum! Entahlah selepas lebih sebulan menyepi, waris 279 kembali gempak. Aktiviti kali ini kebetulan jatuh pada Hari Raya Cina....malah ahli waris 279 lebih sakan beraya bermula 13 Feb lagi. Walaupun pada mulanya perjalanan ke The Carnivall sedikit terbantut akibat kereta Along rosak tapi perjalanan tetap diteruskan. Semangat untuk mandi dan terjun kolam terus membara. 28 orang ahli di Kedah masuk serentak manakala keluarga Ateh dari KL masuk kemudian. Memang meriah sehingga ahli waris 279 kekal di Carnivall hampir 6 jam. Keluar dari situ, kereta Andak pula buat hal.....tapi dengan keteroran dan kekreatifan Pak Jang segala-galanya OK. Bergerak ke rumah Hezri di Bandar Puteri Jaya untuk berbuka setelah lama berpuasa. Terima kasihlah kat Hezri yang sanggup melayan ahli waris 279 yang begitu lahapnya menjamah jamuan yang dihidangkan.

14 Feb pula pakat berkumpul di rumah Angah di Tmn Purnama. Boleh dikatakan semua ada kecuali Atam dan Culin. Banyak keputusan mesyuarat di buat antaranya:
1.Semua ahli waris 279 mesti berkumpul di Taman Malaysia selewat-lewatnya jam 8.30 pagi hari Ahad(14 Mac 2010).
2.Anjang akan cari bahan untuk buat Bihun, Ateh masak,Cik Dan beli roti canai
3.Akad Nikah akan dijalankan pada jam 11 pagi.
4.Tetamu akan datang makan lebih kurang jam 12.30tgh
5.Sambutan Birthay ahli waris 279 akan diadakan pada jam 3.00 petang.

Selain itu ahli waris 279 turut membuat ketepan awal untuk kenduri Ati pada 6 Jun nanti, antaranya:
1.Along,Alang dan Angah Sungai kena sedia rojak
2.Anjang cari orang buat cendol dan ais kacang
3.Andak dan Anjang akan sponsor bunga telur untuk kumpulan marhaban,kompang dan tetamu utama.
4.Ateh,Culin dan Cik Dan kena beli sarang bunga telur.
5.Culin kena beli gula-gula dan sarangnya.
6.Atam beli laksa.
7.Acik sponsor Air kotak atau mineral.
8.Satu lagi keoteow goreng-lupa sapa yang kena cari?

Keputusan lain akan dimaklumkan kemudian bila S/U bagi minit mesyuarat.

-Tak habis takat tu, malam pakat pi main Bowling pula...riuh lagi sampai pukul 11 baru habis. Bergerak ke Kedai makan walaupun macam tak larat tapi balun nasi habis juga. Terima kasih kat Ateh yang belanja makan. Insya Allah jumpa lagi dalam program terdekat!

Selasa, 2 Februari 2010

LOGO WARIS 279!


ASSALAMUALAIKUM!

AHLI WARIS 279 DIPOHON UNTUK MENELITI DAN MEMILIH SALAH SATU LOGO DI ATAS DAN MAKLUMKAN PILIHAN ANDA PADA MESYUARAT KHAS NANTI (14 FEB 2010)

Mesyuarat Khas Waris 279

ASSALAMUALAIKUM! ADALAH DIMAKLUMKAN SATU MESYUARAT KHAS WARIS 279 AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT:

TARIKH:14 FEBRUARI 2010
MASA:5.00 PETANG
TEMPAT:RUMAH ANGAH TAMAN PURNAMA

SEMUA AHLI WARIS 279 DIPOHON HADIR!!!!

Ahad, 17 Januari 2010

Suatu ketika dulu di waris 279!

Suatu ketika dulu ......
....banyaknya pokok pelam

Suatu ketika dulu...
pokok nyior setiap penjuru rumah

Suatu ketika dulu....
Pokok rambutan berbuah jenuh

Suatu ketika dulu.....
Pokok bunga jenuh sampai tak larat nak juruis

Suatu ketika dulu.....
Daun kering penuh atas tanah sampai penat menyapu

Suatu ketika dulu....
Sayur dan cabai melengkar di pagar sampai tak larat makan

Suatu ketika dulu......
ada telefon hitam ...ring,ring bunyi dia

Suatu ketika dulu.....
ada TV kotak, boleh bukak tutup pintu dia

Suatu ketika dulu,
Ada kereta Moris,Austin,Corolla,Mazda,Nissan....bla bla bla naik penuh bedehak!

Suatu ketika dulu....
orang pakat mai baca kitab waktu malam

Suatu ketika dulu.......
Ramai pakat mai solat terawih dan raya

Suatu ketika dulu......
orang mai ziarah tak berenti

Suatu ketika dulu...
Pakcik Mahmud mai dok begebang petang-petang

Suatu ketika dulu

SAMBUNG LAIN KALI LAH PULA.....BANYAK SANGAT!!!


BILA NAK BUAT PROGRAM PULA?LAMA DAH TAK DAK NI