Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum, semua waris 279..... Di kesempatan ini diucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431 DAN TAHUN BARU (M) 2010..... Insya Allah moga Allah S.W.T mengurniakan kepada kita limpah rahmatnNya,taufiq dan HidayahNya,rezeki yang melimpah ruah dan di terima segala amalan kita....Amiin!!

Cuti-Cuti di Penang!!





Sorry, tak boleh nak komen atau nak cerita sebab yang diemel hanyalah gambar sahaja!!! Apa pun mesti syok pasai boleh melancong.....next time kita pi Cameron pulak.

Isnin, 28 Disember 2009

Majlis Kesyukuran di Rumah Alang






26 Disember 2009- Alhamdulillah, majlis kesyukuran Rumah Alang berlangsung dengan penuh meriah. Ramai sanak saudara yang hadir samada dari waris 279 mahupun Kg Teluk. Menu malam tu pun sedap....mee bandung. Kepada Fuzdla Selamat Maju Jaya.....Moga mendapat kejayaan cemerlang di UITM Merbok.

Isnin, 21 Disember 2009

Ke Port Dickson!!!






21 Disember 2009- Ahli WWaris 279 Cawangan Lembah Kelang memilih Port Dickson sebagai destinasi percutian bulan ini. Kalau geng waris 279 di Kedah ke Penang, geng di Lembah Kelang juga tak mau melepaskan peluang untuk melancong dan bercuti. Walaupun tak ramai kerana Cu Lin ke Jakarta dan Kak Long balik ke Kedah, suasana kegembiraan tetap terasa khususnya di kalangan kanak-kanak. Hanya keluarga Ateh dan Cik Dan saja. Mulanya Angah dengan Syamil kata nak join tapi cancel last minute.Hotel Selesa Beach menjadi pilihan penginapan. Banyak juga rekreasi yang disediakan di hotel ini malah pantai yang terletak di belakang hotel memudahkan ahli untuk terus turun bila teringin nak mandi air masin. Habis mandi di laut boleh terus mandi di kolam. Selain tu ada juga gelanggang futsal, bola tampar dan tennis. Ini kalau ada geng dari Kedah mesti lagi meriah, pakat turun main apatah lagi main futsal. Apa pun memang seronok buat release tension untuk sementara waktu. Bagi yang di Kedah pun samalah juga mestilah seronok ke Penang, boleh mandi manda dan membeli belah. Moga cuti depan semua ahli waris 279 dapat berjalan dan melancong bersama.

Jumaat, 11 Disember 2009

Sambutan Birthday Waris 279 Bulan Disember

Para chef kalut dok bakar sate
Yang Budak-budak ghalit tengok TV
Kek Birthday !!!
Fauzan dan Ameerah wakil waris 279 potong kek
Mai-mai serbu, kita pi makan

Selasa, 1 Disember 2009

Sambutan Aidil Adha!!!

Pakdak sedang memberi penerangan mengenai penubuhan koperasi


Sambutan Aidil Adha Waris 279 tahun ini memang meriah walaupun disambut secara sederhana. Sejak Hari Raya pertama lagi semua ahli waris 279 telah berkumpul di Taman Malaysia. Hari ini Pak jang masak nasi tomato. Mesyuarat pada waktu petang dapat dijalankan seperti yang dirancang. Bermula dengan perbincangan majlis pertunangan Izzatti yang diadakan pada hari raya ke-3 diteruskan dengan penerbitan diari waris 279 dan diakhiri dengan usul penubuhan koperasi waris 279. Selain itu, persaingan sengit juga berlaku dalam pertandingan logo waris 279 apabila pihak urusetia menerima ‘terlalu’ banyak penyertaan daripada ahli. Insya Allah tidak lama lagi waris 279 akan mempunyai logonya sendiri.



Licin habis, ahli waris makan
Bakal pengganti Chef Wan dan Chef Zul
Sempat lagi pi main bowling......
Ahli baru waris 279, Edi turut tunjuk bakat.....

Pada hari raya ke-2,sekali lagi ahli waris 279 berkumpul. Pada sebelah pagi beberapa orang ahli yang diketuai oleh Paklang ke Masjid Alor Merah untuk menyertai ibadah korban. Walaupun lembu korban agak lewat sampai namun Alhamdulillah, segalanya dapat selesai pada waktu tengahari. Pada waktu petangnya, daging dan ditambah dengan ayam serta bahan-bahan makanan lain dibakar dan dipanggang untuk dimakan ramai-ramai. Tak sampai 1 jam, boleh dikatakan semua makanan habis dimakan. Alhamdulillah tiada pembaziran berlaku. Pada waktu malam, ahli waris 279 bergerak pula ke gelanggang bowling di Sentosa Bowl. Macam biasa la ada pertandingan dan sekali keriuhan di rumah berlanjutan di sana.





Menunggu hidangan disediakan
Balik membawa balasan dulang
Izzatti yang sudah menjadi tunangan orang bersama maknya

Balik saja rombongan peminangan......juadah kena serbu oleh ahli wwaris 279

Hari raya ke-3, majlis pertunangan Izzatti berjalan seperti yang dijadualkan. Ketibaan rombongan lelaki menjelang jam 3 petang memang telah dirancang. 6 buah kereta semuanya dengan mmbawa hampir 10 dulang. Perbincangan pun dilaksanakan dan Alhamdulillah semuanya bersetuju. Insya Allah kalau tiada apa-apa halangan, kenduri akan diadakan pada 16 Jun 2010. Moga apa yangdihajatkan ini akan dimaqbulkan Allah s.w.t.