Sabtu, 27 Ogos 2011

OPEN HOUSE WARIS 279


Waris 279 akan mengadakan 'Open House' sempena Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011 seperti berikut:

Tarikh : 2 September 2011/4 Syawal 1432
Hari : Jumaat
Tempat : Rumah Waris 279 (Taman Malaysia)
Jam : 3.00 petang - 6.30 petang

Kepada semua ahli waris 279 (perhatian juga kepada family Angah Sungai), harap dapat hadir ke Taman Malaysia jam 11.45 pagi. Sesi bergambar ramai-ramai jam 12.00 tgh, diikuti dengan majlis bersalam-salaman dan pembahagian duit raya kepada mereka yang berhak menerimanya.
Menu :
Nasi Arab (Anjang)
Satay (Paklang)
Ketupat (Anjang)
Nasi himpit (Anjang)
Rendang (Ateh)

Mee Kari (Angah)

Lontong (Alang)

Kuetiow (Atam)
Kek (Culin)

Minuman (Andak)

Yang Lain pakat bawa kuih raya!


Mai jangan tak mai! Pakai baju cantik-cantik tau!!!


Di kesempatan ni diucapkan kepada semua ahli waris 279,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN




Ikan Keli vs Kepala Ikan

Azan Maghrib dah berbunyi, apa lagi seraaaang!
Bersopannya kaum lelaki berbuka puasa!
Mesyuarat yang meleret tapi akhirnya ada juga keputusannya
Antara hidangan di rumah Andak, fuhhh mantopp!


Majlis berbuka puasa di rumah Andak semalam menampilkan hidangan yang mengiurkan ahli waris 279. Betapa rajinnya Andak menyediakan dua jenis gulai berbeza bagi meraikan ahli waris 279 agar tidak kempunan makan maasakan Andak. Mana tidaknya, tak semua makan ikan keli, so terpaksalah Andak masak pula gulai kepala ikan. Kemas jug Andak besiang ikan keli. Selain tu, menu-menu lain turut habis disambar semua mereka yang hadir. Tak kiralah sambal udang ka, ayam kicap ka, sayur pucuk ubi ka dll semuanya langsai. Alhamdulillah berselera benar ahli waris 279 kali ni, malah Mimi yang sentiasa setia dengan majlis berbuka kali ni turut berselera besar apabila dihidangkan dengan kerabu tembikai oleh Along. Ahli waris 279 juga turut mengambil kesempatan mengadakan mesyuarat khas mengenai open house yang akan diadakan pada 2 Sept nanti di rumah Waris 279.

Ahad, 21 Ogos 2011

Berkumpul di Rumah Achik Pulak!

Angah Sungai mai juga kali ni walaupun kalut jaga cucu
Bergebang dulu...satgi Afif azan baru bangkit!
Siap sedia solat terawih
Syoookya main bunga apiii! Tapi jaga-jaga!
Mesyuarat menu berbuka di rumah Andak pula!

Selepas rumah Atam diserbu minggu lepas dek kerana gulai rusa, tiba giliran rumah Achik pula yang turut menyediakan pelbagai juadah. Walaupun hanya korma telur tapi makan tetap makan...lapaq punya pasai. Program berbuka macam selalulah, lepas berbuka, gebang sat sementara nak solat terawih. Dah habis terawih ada moreh pula...kuih macam-macam termasuk ada bubur pulut hitam, agar-agar dan aiskerim. Budak-budak pula ambil kesempatan main bunga api walaupun hujan turun. Meriah lah dengar suara depa. OK, untuk minggu depan di rumah Andak, menu adalah seperti berikut:

Along :Masak lemak Pucuk Ubi/Mengkudu
Angah : Kuih
Alang : Asam Pedas
Anjang : Cendol
Andak : Nasi/Gulai Ikan Keli
Atam : Sambal/Ulam
Cik Dan : Ayam Masak Kicap
Achik : Sambal Tumis Udang
Cu Lin : Buah

SEMUA AHLI WARIS 279 DIJEMPUT HADIR!!!!

Ahad, 14 Ogos 2011

Giliran Rumah Atam Pula!

Antara hidangan di rumah Atam
Dok sembang apa ni, sampai kak hgpa ternganga!
Awat Along dok dgn budak2 perempuan ni?
Happy Birthday Deejah / Amzar
Bergebang lepas terawih...ada moreh

Alhamdulillah, seperti mana yang dirancang, semua ahli waris 279 berkumpul di Kuala Nerang untuk berbuka puasa di rumah Atam, malah Mimi yang asal tak jadi balik pun sanggup pederas balik dari Ipoh dan balik semula selepas moreh. Lauk pauk malam tu memang mantop tambah pula ada daging rusa dan kerabu beka. Macam biasalah majlis berbuka ni disusuli dengan solat terawih berjemaah dan moreh. Malam tu juga buat majlis harijadi Deejah. Selain itu ahli waris 279 turut mengambil kesempatan bermesyuarat untuk mengadakan 'open house' hari raya. Insya Allah akan dibuat pada hari raya ke-4 di Taman Malaysia. Untuk majlis minggu depan, Insya Allah rumah Achik pula akan diserbu dan menunya adalah seperti berikut:

Along - Nasi Hujan Panas Angah/Cu Linn - Goreng Hati Alang - Dalca Anjang - Korma telur Andak - Kuih Atam - Kanji Cik Dan - Ais Krim Achik - Air

Semua ahli waris 279 dijemput seperti biasa untuk mai berbuka! Mai jangan tak mai!

Khamis, 11 Ogos 2011

Berbuka di Masjid





10 Ogos- Family Along, Alang, Anjang, Cik Dan, Achik dan Cu Lin sempat meluangkan masa untuk berbuka bersama dengan para jemaah Masjid Alor Merah malam tadi. Alhamdulillah, ramai juga yang datang berbuka. Turut hadir ialah Tuan Hj Ahmad b. Ali, Imam Masjid Alor Merah. Untuk tahun ini, agak suram sikit sebab selalunya pada majlis berbuka anjuran waris 279 akan dilihat kalut dan sibuknya Pak Bakar (menantu Arwah Pak Basir) tapi kali ini wajahnya sudah tiada. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada Mei lalu. Al-Fatihah untuk Pak Bakar!

Ahad, 7 Ogos 2011

Majlis Ifthar di rumah Cu Lin

Kiki dan Helmi cuba amal 'diet'

Antara hidangan yang membuka selera malam tadi

Rupanya Wanie ada, baru perasan bila upload gambar ni, dia dok di 'kuih's corner'

Dua beranak ni memadai berbuka dengan tembikai ja.....bagus!

Ini bukan lakonan tapi bersedia untuk solat terawih...


6 Ogos 2011- Buat pertama kalinya, Cu Lin menjadi tuan rumah majlis Ifthar waris 279. Maklumlah selama ni dok di KL, pindah ja Kedah terus terpilih menjadi tuan rumah pertama majlis ifthar tahun ni. Boleh dikatakan semua ahli waris 279 dapat berkumpul kali ini terpaksa Mimi yang sanggup balik dari Ipoh. Keluarga Angah Sungai tak dapat hadir sebab masih dalam proses pantang jaga Ammar Hazim. Menu berbuka semalam memang mantop dan menyelerakan, gulai ikan kering, sayur campur, ayam panggang, ikan bakar dan entah apa lagi banyak sungguh. Kuih pun banyak sampai lepas terawih pun tak habis lagi. Apa pun majlis ni memang syok, rugi sapa tak mai....Insya Allah kita jumpa minggu depan (Jumaat) di rumah Atam pula dan menu special yang telah disahkan ialah seperti berikut:
1.Along : Ikan Pais 2.Alang : Air+Puding 3.Andak: Ayam goreng 4.Atam : Nasi + Gulai Daging Rusa+Siput Sedut 5.Cik Dan : Kerabu Taugeh+Pucuk Paku+Paru 6.Achik : Daging goreng 7.Cu Lin : Popia Jemput semua ahli waris 279 ke rumah Atam Jumaat depan (12 Ogos) di Kuala Nerang. Jgn Lupa tau menu special 'daging rusa' dan juga ada majlis harijadi Deejah. Jangan lupa bawa hadiah!!!

Selasa, 2 Ogos 2011

Tahniah Untuk Kak Long!

Alhamdulillah, Kak Long selamat melahirkan seorang lagi anak lelaki pada 22 Julai 2011 lepas di Hospital Putrajaya. Putera yang diberi nama Ammar Hazim kini berada di rumah Angah Sungai. Bagi mereka yang belum pergi melihat anak Kak Long, dipersilakan ke rumah Angah Sungai. Famili Along, Angah, Atam, Cik Dan, Acik dan Cu Lin telah pun melawat anggota baru waris 279 pada 31 Julai lepas. Tahniah Kak Long dan putera ini merupakan satu-satunya anggota waris 279 yang dilahirkan dalam bulan Julai.

Majlis Berbuka Puasa Waris 279 Tahun 1432/ 2011

Majlis berbuka puasa waris 279 telah ditetapkan seperti berikut:

6 Ogos : Rumah Cu Lin
12 Ogos : Rumah Achik
19 Ogos : Rumah Pak Tam
26 Ogos : Rumah Andak

Untuk majlis di rumah Cu Lin pada 6 Ogos ini, menu yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Along : Gulai Ikan Kering
Angah : Kerabu
Alang : Air
Andak : Ayam
Atam : Kanji
Cik Dan : Ikan
Achik : Kuih
Cu Lin : Nasi, Buah, Puding dan Sambal

Semua ahli waris 279 dijemput hadir!!!

Kenduri Kesyukuran !


30 Julai 2011- Alhamdulillah kenduri kesyukuran sempena sambutan Awal Ramadan berjaya juga diadakan. Walaupun persiapan tidaklah dirancang dengan rapi, namun perjalanan majlis ini tetap berjalan dengan baik. Kehadiran semua ahli waris 279 kecuali famili Ateh & Ati menjadikan majlis kali ini agak meriah walaupun disambut secara sederhana. Pelbagai jenis hidangan disediakan, antaranya, gulai ikan, gulai udang, kerabu togeh+perut, ikan bakar, ayam panggang dan banyak lagi telah berjaya membuka selera para jemputan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Imam Masjid Ar-Rahman dan para jawatankuasanya. Mereka turut mengadakan majlis tahlil di kediaman waris 279. Kepada semua yang bertungkis lumus menjayakan majlis ini ucapan terima kasih diucapkan.