Isnin, 19 Oktober 2009

Berita untuk blog waris 279!!!

Assalamuaikum!!! Bagi meriahkan lagi blog waris 279, adalah diharapkan semua ahli yang mempunyai sebarang berita (kalau boleh terkini la) dan gambar atau apa-apa cerita yang boleh dikongsi bersama, harap dapat hantar ke emel :

waris279@gmail .com


Sumbangan dan kerjasama anda amat dialu-alukan!!!!

Sabtu, 10 Oktober 2009

Kutipan Derma Kilat!!!

Wakil waris 279,Pakdak menyampaikan sumbangan kepada wakil mangsa,Che Mat

Derma jangan tak derma.....

Petikan akhbar pada 30 September 2009

Dua beradik rentung dalam kebakaran di Alor Setar

Beberapa anggota bomba dan penyelamat bersama orang ramai bertungkus lumus memadamkan kebakaran di Kampung Kilat di Alor Setar hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, dua beradik masing-masing berusia dua dan empat tahun rentung. Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar berkata kebakaran itu turut memusnahkan antara lapan dan 10 rumah lain di kawasan berhampiran. Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

ALOR SETAR: Dua beradik masing-masing berusia dua dan empat tahun rentung apabila rumah mereka di Kampung Kilat di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira 10.30 pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Abdul Ghafar Rajab berkata ketika kejadian, Nor Faiza Natasha Mohd Farid, 4, dan adiknya Nor Faiza Naziha, 2, ditinggalkan bersama nenek mereka di rumah berkenaan oleh ibu bapa yang pergi bekerja di sebuah warung tidak jauh dari situ.

Beliau berkata kebakaran itu turut memusnahkan antara lapan dan 10 rumah lain di kawasan berhampiran, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.

"Kanak-kanak itu dipercayai gagal menyelamatkan diri kerana terperangkap dalam rumah yang sedang terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Bapa kedua-dua beradik itu, Mohd Farid Mansor, 32, berkata dia bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana ketika sampai, hampir keseluruhan rumahnya telah hangus.

"Api terlalu marak dan bomba halang saya masuk ke rumah," katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak, Kamis Idris berkata sepasukan bomba bersama tiga jentera dan 14 anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 10.57 pagi.

"Bomba berjaya mengawal api dalam tempoh kira-kira setengah jam, dan menemui mayat kedua-dua mangsa dalam rumah yang hangus," katanya.

Katanya bomba yang mengalami kesukaran memadamkan api kerana kedudukan rumah yang terlalu rapat, turut dibantu empat jentera bomba sukarela dari kawasan berhampiran.



9 Okt 2009- Kelmarin bersempena perjumpaan waris 279 di rumah Andak, satu kutipan derma kilat dijalankan. Kutipan ini dibuat untuk membantu mangsa kebakaran di Kg Teluk yang mengakibatkan 2 orang kanak-kanak terkorban. Alhamdulillah, ratusan ringgit dapat dikumpulkan dalam tempoh tidak sampai 15 minit. Inilah sumbangan kecil yang boleh dilakukan oleh ahli waris 279 untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Insya Allah, aktiviti amal sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Majlis Harijadi Bulan Oktober

Makan tengahari yang menyelerakan.....
Tetamu datang membawa hadiah.....
Potong kek......
Budak-budak pakat dok makan kek

9 Oktober- Sambutan harijadi ahli waris 279 bagi bulan Oktober berlangsung meriah kelmarin. Majlis yang berlangsung di rumah Andak itu dihadiri semua ahli waris yang berada di Alor Setar, manakala yang berada di luar Alor Setar hanya boleh mendengar cerita melalui blog ini sahaja. Seramai 5 orang ahli waris 279 yang menyambut harijadi masing-masing pada bulan ini iaitu Angah Sungai (L), Izzatti, Kiki, Yana dan Taqi. Majlis semalam menghidangkan pelbagai masakan dimulakan dengan makan tengahari yang menampilkan pelbagai lauk pauk yang amat lazat, kemudian kek harijadi dan diakhiri dengan laksa. Insya Allah, bertemu di bulan depan pula majlis yang seperti ini.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Open House Anjang

Anjang sedang melayan tetamu
Kali ke berapa dah Hilmi makan ni?
Bergambar bersama student Arab
Ada tukang picit di open house
Antara mereka yang mai.....jiran TM dan Titi Gajah

2 Oktober 2009- Open house di Taman Malaysia kelmarin memang best. Selain menu yang pelbagai, kehadiran tetamu yang bukan saja pelbagai bangsa tetapi negara amat meriah sekali. Antara tetamu luar yang hadir ialah kawan-kawan Anjang dari UUM dan di Perth dulu. Selain tu, student2 Anjang khususnya berbangsa Arab dari Saudi,Jordan,Palestin dan Libya turut sama memeriahkan open house kelmarin.

Sementara itu, ahli waris 279 membuat ketetapan bahawa sambutan Birthday semua ahli di bulan Oktober akan diadakan serentak seperti berikut:

Tarikh : 9 Oktober 2009
Tempat : Rumah Andak
Masa : Selepas Solat Jumaat

Menu:
Nasi Putih : Andak/Cik Dan/Angah atau Atam (sapa2 tau tolong confirm)
Pindang : Andak
Terubok : Andak
Asam Pedas : Angah
Sup Ayam : Alang
Kerabu Pucuk Paku : Atam
Ikan Goreng : Cik Dan
Ulam-ulaman : Angah Sungai
Dessert : Achik
Kek : Izzatti

Semua ahli dijemput hadir!!!!