Sabtu, 27 Jun 2009

Lama Sungguh Tak Dengaq Cerita!!!!

Dah agak lama tak dak berita dalam blog ini. Mungkin waris 279 tak banyak program atau memang tak dak program Habis kenduri Kak Long hari tu sunyi saja. Nasib baik ada chat box. Boleh lah juga sembang-sembang. Apa pun kita bersyukur kerana dah ramai tau nak masuk blog ni. Yang paling syok pakat dok cakap sorang-sorang dulu, maklumlah masuk tak serentak. Buat masa la ni Anjang dan Kak Ngah dok tengah leading. Cu lin tu kira dok no. 3 la. Harap-harap lepas ni pakat dok sembang lagi la. Satu lagi dicadangkan waris 279 kena ada juga perjumpaan sebulan sekali. Bukan apa tak cerita tak syok juga. Sayang juga bulan ni ramai yang birthday tapi sapa pun tak dan nak buat. Kalau tidak mesti ada berita. Satu lagi, kalau ada apa-apa berita dan gambar email mai ke waris279@gmail.com. Boleh buat berita. Kalau nak kirim gambar, pastikan dah dikecilkan dulu saiz dia dan di save kan dalam 'jpeg'. Baru senang nak upload. Apa pun pakat-pakatlah hantar berita mai. Insya Allah satu lagi kalau sempat akan dimasukkan lagi cerita dan pesanan-pesanan Tok Ayah!!!

Selasa, 16 Jun 2009

Kenduri (Siri 3)- Singgah Nilai 3 pulak!!!

Hebat budak-budak ni....mcm banyak duit
Mai...mai.... pakat perabis duit yang memang dah tak dak pun....
Beli Along jangan tak beli.... satgi sambung karoake
Angah dah tak larat jalan.... relax dulu satgi sambung beli lain
Awat Wani ni!! Penat sangat kot

Lepas naik ke, kereta lembu, ingat ka pakat letih. Rupanya dak...... tambah budak-budak koi cergas. Singgah solat kat R&R Ayer Keroh sambung perjalanan ke Nilai 3, masih tak tidoq. Entah tiba-tiba mai mana tak tau penyanyi import dalam bas. Punya la semangat penyanyi ni, tak tau la betoi ka dak dia punya tone, pitching tok sah dok cerita la. Apa pun boleh lah habuan dengar. Sampai Nilai 3 Masya Allah besaqnya tempat ni sampai tak tau nak jalan. Pakat beli, pakat borong dan ada yang tengok saja dan belek saja. Ada yang tak tau nak buat apa ..... panaih pi lepak kat marry brown, penuh sesak kat situ. Time cukup nak berjalan ..... dan lagi pakat dok beli kedai depan bas berenti... Angah Sungai beli jam kot, hat lain dok perati ja. Tapi syok la juga walaupun masa pendek dan duit tak berapa nak ada atau tak dak langsung...... mungkin kita boleh pi lagi.

Sabtu, 13 Jun 2009

Kenduri (Siri 2) - Sempat Berhenti di Melaka!!!

Ada lagi, orang yang nak naik kereta lembu..... akhirnya tercapai juga impian!!!
Makan...makan.... tapi body kena jaga satgi terlebih saiz....
Awat pakat tengok saja...... terjun la
Ni.... dok ambik gambar kat depan rumah sapa pulak ni?
Mesti kat luar panas, masuk kat Mall kena aircond.....tak beli apa pun
Ni baru sebahagian..... kalau semua ada lagi meriah kan?????


Kenduri Kak Long bukan setakat di Batu Pahat saja. Anggota rombongan dan waris 279 mengambil kesempatan singgah bermalam di Melaka. Macam-macam peristiwa berlaku kat sana. Dah lah bermula dengan cari hotel tak jumpa-jumpa. Dah jumpa dok kira bertengkar dengan uncle yang dok jaga hotel tu pula. Dah pakat penat ingat ramai yang nak rehat. Rupanya dak, pakat jadi kelawar. Mata koi cerah, semangat nak berjalan dan merayau. Ada yang keluar sebelum maghrib lagi. Ada yang pi naik teksi, ada yang guna kaki sendiri. Masa balik kononnya nak jimat duit, pakat lawan jalan kaki, lepas tu gaduh penat. Tapi takpa syok punya pasai, jalan pun jalanlah. Baik hat tua, yang muda atau pun yang kecik. Semua masih gagah berjalan. Esoknya lepas chec out, berjalan lagi……. kuat sungguh, sampai tengahari gaduh nak makan nasi kuah asam pedas Melaka. Tut..tut pi kat perigi Hang tuah dulu, pakat dok tahan lapar…… sampai kat warung Pak Enal apa lagi pakat belasahlah. Alhamdulillah sedap asam pedas dia dan harga kat situ pun o.k la. Ingat lepas tu naik bas kot nak relax…..tak jadi juga, dan lagi stop kat kereta lembu.Pakat naik pulak. Hat berat pun teringin nak naik sampai cunggit kereta lembu tu, nak u-turn pun kesian kat lembu, maklumlah masing-masing berat antar “ 2-5 kilo”. Macamana pun memang syok. Riuh rendah dibuatnya kat Melaka. Moga kita boleh pi lagi macam ni……!!!!

Selasa, 9 Jun 2009

Kenduri di Johor (Siri 1)

Bab Makan Tak payah Suruh.......
Awat tawaduknya Kak Long......
Dok Ghalit apa lagi, lekaslah jalan..... panaih ni!!!
Lekas, lekas, budak-budak kena panaih ni.....
Macam mana ni sangkar burung banyak sangat.......

Alhamdulillah, semua ahli rombongan dapat juga sampai di rumah pengantin lelaki di Batu Pahat jam 11.25 pagi. Walaupun pelbagai rintangan dan cabaran ketika dalam perjalanan, namun segalanya nampak tenang bila dah sampai di Batu Pahat. Yang seronoknya dapay dok rumah D.O yang terletak agak tinggi berbanding dengan rumah lain. Suasana di sana walaupun taklah semeriah macam di rumah Angah Sungai, tapi seronoknya tetap ada. Ahli waris 279 macam biasalah riuh. Tak payah suruh berkap pun, depa boleh bercakap sendiri, inilah kehebatan waris 279. Cuaca pada hari tu pula cerah tapi habanya Ya Allah....... Makan pula bolehlah..... dah lapar. Apa pun semuanya oklah. Nanti kita sembang lagi...

Khamis, 4 Jun 2009

Jadual Program Ke Batu Pahat!

Assalamualaikum! Kepada Semua Ahli Waris 279 yang akan ke Batu Pahat dan Melaka; berikut ialah cadangan jadual perjalanan pergi dan balik:

Tarikh : 5hb Jun 2009

7.00 malam : Semua ahli rombongan berkumpul di kediaman waris 279
7.30 malam : Solat berjemaah
8.30 malam: Ketibaan Bas Pesiaran Yang Disewa Khas
9.00 malam:Bertolak

Tarikh: 6hb Jun 2009

5.00 pagi : Dijangka sampai di R&R Ayer Keroh (Persiapan diri)
7.00 pagi : Bertolak ke Batu Pahat
9.30 pagi:Dijangka sampai di rumah sementara
12.15 tgh.:Ke rumah kenduri
2.00 petang: Bertolak ke Melaka
4.30 petang : Check in di Hotel
5.00-10.00 p.m:Aktiviti bebas/Lawatan Bandaraya Bersejarah

Tarikh : 7hb Jun 2009

8.00 pagi:Sarapan pagi (bebas/sendiri)
9.00 pagi: Check out dari Hotel
9.30 pagi: Lawatan Ke Bandar Melaka
12.00 tgh.:Lawatan ke Ayer Keroh
2.30 ptg.: Bertolak ke Nilai 3
6.00 ptg.:Bertolak ke Masjid Putrajaya
9.00 malam: Bertolak balik ke Alor Setar

Bilangan Ahli Rombongan Yang Akan Menaiki Bas Adalah Seperti Berikut:
1.Keluarga Along (7 orang)
2.Keluarga Angah Sungai (6 orang)
3.Keluarga Angah (2 orang)
4.Keluarga Alang (5 orang)
5.Keluarga Anjang (5 orang)
6.Keluarga Andak (2 orang)
7.Keluarga Atam (4 orang)
8.Keluarga Cik Dan (5 orang)

9.Achik (1)
10.Keluarga Cu Lin (4 orang)

Jumlah : 41 orang (2 atau 3 orang kena naik kereta Pak Ndak)

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Cik Dan!