Ahad, 2 Januari 2011

KENDURI MIMI MERIAH!!!

Ni mimie ka? Awat nampak segak?
Kupulan dikir puan ada ka?
Asal ada orang kawin...ada aja muka budak2 ni
Yang terawal mai
Kompang dah berbunyi...sampai dah pengantin
Jauhnya kena jalannn
Jaga-jaga, satgi tersepak batu kat depan tu, yang pengapit tu dok senyum buat pa?

Laparrr...mai jauh ni

Ewahh...kompang formasi
Tok Arab pun mai kenduri Mimie
Tuan rumah ka tetamu....kalut semacam ja
Syoknya kawin, dapat hadiah banyakkkk

25 Dis 2010- Alhamdulillah, segala penat lelah untuk menjayakan kenduri Mimi telah dapat dilaksanakan dengan cemerlangnya oleh semua anggota waris 279. Semua yang terlibat telah bekerja mengikut tugasan yang diberikan. Tolong menolong dan kerjasama adalah asas kenduri Mimi dapat dijayakan seperti kenduri-kenduri Kak Long,Kak Ngah dan Ati. Insya Allah ianya akan diteruskan pada masa mendatang. Dalam pada itu haampir 1500 orang tetamu hadir bagi memeriahkan kenduri Mimi yang bermula sejak jam 12.00 tengahari. Tak menang kedua Along bersalaman dengan para tetamu tetap yang pasti salam itu nukan salam biasa (ada isi la). Menu pilihan makanan yang tersedia terus menjadi rebutan mereka yang hadir. Rojak dan laksa agak awal habis. Tapai langsung tak sempat tengok. Begitulah penangan mereka yang hadir. Alhamdulillah itulah matlamatnya jemput orang mai....makan. Along dalam ucapannya selepas kenduri bersyukur kerana kendurinya berjalan lancar apatah cuaca amat cerah. Mimie pula mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis kendurinya. "Terima kasih banyak-banyak", ujarnya kepada semua sejurus selepas tamat majlis membuka hadiah.