Sabtu, 28 Julai 2012

Iftar di Rumah Achik

Antara tetamu jemputan yang hadir

Makan, makan, jgn membazir sudah

Geng Pompuan ni diusrahkan oleh Afeeqah

Geng lelaki pula dinaqibkan oleh Pemuda 279

Apa lagi kalau tak bercerita pasal drama TV.....kah...kah...kah

27 Julai- Iftar di rumah Achik memang amat meriah. Mana tidaknya bukan sahaja  ahli waris 279 hadir tetapi juga jiran di taman anggerik turut memeriahkan majlis iftar tersebut. Apa yang menarik para tetamu yang hadir bukan sahaja datang untuk menjamu selera tetapi juga turut bersama menunaikan ibadah solat Maghrib berjemaah, malah sebahagian daripada mereka turut menunggu untuk bersama-sama mendirikan solat sunat terawih. Juadah berbuka tidak kurang hebatnya dengan nasi beriyani adalah hidangan utama. Selain itu turut dihidangkan ialah kuih muih, roti jala, kanji dan popia goreng. Alhamdulillah, majlis iftar ini berjalan lancar dan amat meriah sekali dengan suasana riuh di rumah Achik. Jumpa lagi minggu depan di rumah Andak.

Isnin, 23 Julai 2012

Iftar di rumah Angah Sungai

 Biasa la riuh.....
 Awat ni Along...... penat makan ka???

Agak terkejut melihat pelbagai juadah berbuka yang disediakan di rumah Angah Sungai pada 1 Ramadan lepas. Ingatkan 2-3 mata saja tapi fuhhhh memang mengalahkan hotel 5 bintang. Kalau menu yang dihidangkan tu ada di hotel mau RM60 sorang. Alhamdulillah...memang mengancam iftar hari tu, ditambah pula semua family Angah Sungai ada. Terima kasih kepada semua ahli waris 279 yang memeriahkan iftar dan sama-sama mengihya'kan Ramadan dengan solat terawih di rumah Angah. Insya Allah, kita berjumpa pula  di rumah Achik Jumaat ini.

Ahad, 8 Julai 2012

Jadual Berbuka Puasa

Berikut adalah jadual berbuka puasa rumah anggota waris 279 1433H. Semua ahli dijemput hadir:

21 Julai 2012- Rumah Angah Sungai
Menu : Gulai Ikan (Angah Sungai), Along (Daging rebus/ Air asam), Angah (Buah), Alang (Sambal tumis udang), Andak (Kuih pedas), Cik Dan (Ayam Kicap), Achik (Kerabu), Cu Lin (Kuih manis).

27 Julai 2012- Rumah Achik (catering)
3 Ogos 2012- Rumah Andak
10 Ogos 2012- Rumah Culin
17 Ogos 2012-Rumah Cikdan

Harap dapat perbetul kalau ada yang salah....
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK!!!!



Kenduri Kesyukuran Rumah Atam





6 Julai- Kenduri rumah Atam Jumaat lepas memang meriah, mcm kenduri kahwin. Ingat ada org bertunang atau akad nikah ka, rupanya kenduri kesyukuran aja, tapi meriah. Org memang ramai. Ahli waris 279 boleh kata semua mai kecuali yang dok jauh. Petang tu, sempat lagi main badminton. Insya Allah, lepas ni ada lagi kut kenduri rumah anggota waris 279....