Isnin, 24 Oktober 2011

Tahniah Mimi!!!!



21 Okt 2011- Selepas Kak Long dan Ati, waris 279 menerima kehadiran warga baru daripada family Mimi pada Jumaat lepas. Mimi selamat melahirkan anak perempuan di PMC yang kebetulan tarikh lahir baby sama dengan Yana. Alhamdulillah, rombongan waris 279 yang berkesempatan ke PMC selepas balik dari Family Day di Pantai Merdeka mendapati ibu dan anak Alhamdulillah, sihat, Diberitakan Mimi dan baby dah balik ke rumah di Tmn Bayu. So, bagi yang tak pi tengok lagi bolehlah ke rumah Along. Tahniah untuk Mimiiiii!!!

Family Day di Pantai Merdeka!!!

Bawa bola ping pong....kira dok jatuh ja....
Depa ni tak dak kerja.....sanggup dok pegang banner tu sampai ke petang
Bowling guna buah nyior.... Saufi penyelamat Team B
Makan dulu sebelum main
Meronda waktu malam
Sempat lagi naik bot ke Tg Dawai
Ziarah kubur Tok Wan dan Wa Mat
Bergambar di depan Masjid al-Khalidiah Ptg Pasir
Main bola dimenangi team Paklang yang telah mengalahkan team Paksu 5-2


21-22 Oktober 2011- Memang seronok berkumpul di Pantai Merdeka. Walaupun ruang rumah agak sempit, tetapi ia tidak menghalang ahli waris 279 untuk meneruskan program yang telah dirancang. Hujan lebat petang Jumaat menambahkan lagi kemeriahan acara sukaneka dan futsal. Riuh rendah tengok budak-budak bawa bola ping pong, tiup belon, yg orang tua golek nyior macam main bowling, asing kacang selain teka kacang yang dimenangi oleh Fazli. Insya Allah, Family Day Waris 279 akan diadakan lagi......paling penting semua kena hadir baru bessssstttt!

Ahad, 16 Oktober 2011

PENGUMUMAN/INFORMASI PENTING!!!!

1)HARIKELUARGA WARIS 279

Family yang confirm pi: Family Along, Angah, Alang, Atam, Cik Dan, Cu Lin, Achik and anak-anak Anjang. Family Angah Sungai masih 50/50.
Semua peserta dikehendaki bekumpul di R&R Gurun jam 8.30 pagi. Check in 21 Okt, 2.00 p.m, check out 22 Okt, 1.00 p.m.
Achik akan sedia hadiah. ALang prepare acara dewasa perempuan, Atam acara kanak-kanak, Paklang acara dewasa lelaki. Cabutan bertuah akan turut diadakan (agak lumayan).

2)KENDURI YANA
11.11.11 Jam 11 PAGI- majlis merisik dan bertunang
17.12.11 - Akad Nikah di Taman Bayu
18.12.11 - Kenduri di Dewan al-Farabi, Kompleks Pendidikan.
Hantaran : Angah-Bekas sireh, Alang-Kuih Anjang-Coklat, Andak-Halwa, Ateh-Masak nasi, Atam-Sejadah, Cik Dan-Kemeja, Cu Lin-Buah, Angah Sungai-Bahulu.
Maklumat Lanjut mengenai hal kenduri ni dan apa yang nak kena buat TANYA YANA! Dia dah tulis senarai tugas hasil keputusan mesyuarat. Mungkin yang ditulis ni ada yang tak betul. Sorry. Sekadar maklumat awal.