Ahad, 31 Mei 2009

Tahniah Kak Long!

Bagai sirih dan pinang yang tak boleh dipisahkan.......
Amboi, yang kecik-kecik lebih bergaya daripada pengantin......
Kenangan bersama rombongan dari Johor
Agak-agak berapa harga cincin tu ya....?
Debar,ketaq, gemuruh,gerun,takut.........eeee tak tau nak habaq la....

31 Mei 2009- Hari ini satu lagi lembaran baru tercipta buat keluarga waris 279. Tepat jam 10.57 pagi tadi terikatlah sudah Kak Long atau Ezmahanni dengan jejaka pilihannya Hafidz b. Mahmud. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, sahlah sudah keduanya bergelar suami isteri. Bagi waris 279, kami juga turut gembira dan sentiasa mendoakan agar kedua mereka sentiasa diredai dan dirahmati Allah seterusnya mengecapi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sementara itu kehadiran saudara mara, jiran tetangga dan rakan taulan ke rumah Angah Sungai hari ini memeriahkan lagi majlis kenduri Kak Long. Walaupun agak sunyi kerana tiada mikrofon namun perjalanan kenduri tetap meriah dengan suara riuh rendah dari ahli waris 279. Dianggarkan lebih seribu tetamu hadir hari ini. Alhamdulillah semuanya berlangsung dengan selamat. Terima kasih buat semua waris 279 yang bertungkus lumus menjayakan kenduri ini. Semoga bertemu lagi di kenduri yang akan datang. Siapa agaknya.........? Tunggguuuuu!!!!!

Jumaat, 29 Mei 2009

Persiapan Semakin Rancak!!!

Makan ketika mesyuarat berlangsung
Macam baca kitab........
Kat dalam orang dok mesyuarat, yang kat luar kalut cicah garam belacan
Tak berapa siap lagi...... tu pun cantik dah
Budak-Budak gheja main aja lah

29 Mei 2009- Hari ini 29 Mei. Hari Jadi Ateh, tapi ateh tak dak. Waris 279 tetap berkumpul. Tapi berkumpul di rumah Angah Sungai. Sambil dok ucap happy birthday kat Ateh, waris 279 sibuk membincang persiapan terakhir kenduri kak long. Boleh dikatakan semuanya hadir kecuali yang KL dan Along yang masih tak sihat. Namun persiapan kali ini tak serancak macam kenduri Kak Ngah dulu, mungkin Angah Sungai dah ada pengalaman kenduri lepas, jadi persiapannya agak mantap. Hari ini ahli mesyuarat membincangkan perjalanan kenduri Kak Long mulai esok dimana semua waris 279 dipohon hadir ke rumah Angah Sungai jam 10 pagi. Sementara itu, hasrat untuk melihat khemah dipasang pada hari ini tidak kesampaian apabila lori yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Sehinggalah jam 10 malam barulah disahkan bahawa khemah hanya akan dipasang pada pagi Sabtu, 30 Mei. Satu lagi, dalam orang dok kalut bincang pasai kenduri, sempat lagi sebahagian waris 279 meluangkan masa main bowling. Memang 'ketagih' betul puak ni sampai tak sabar-sabar. Apa pun kita harapkan kenduri Kak Long akan berjalan dengan lancar, Insya Allah!

MARHABAN : 30 MEI 2009 SELEPAS SOLAT ISYAK DI RUMAH ANGAH SUNGAI!

Rabu, 27 Mei 2009

Pesanan Ayahanda/Tok Ayah!!!!

Assalamualaikum! Marilah sama-sama kita merenung pesanan Ayahanda/Tok ayah ni kepada anak cucunya. Pesanan ni telah ditulis oleh Ayahanda/Tok Ayah dalam diarinya pada 15/12/1988 iaitu kira-kira 21 tahun yang lalu. Kebetulan pula tarikh tu ialah tarikh hari lahir Angah Sungai. Dah nak dekat kenduri Angah Sungai, maik kita pakat-pakat sama hayati pesanan Ayahanda/Tok ayah ni:-

1.Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan ikhlas.
2.Buat baik berulangkali, buat jahat jangan sekali.
3.Hidup manusia dengan perjuangan,tanpa perjuangan tiada erti.
4.Syarat perjuangan mesti dilengkapi dengan usaha,rajin,sabar dan tabah hati.
5.Jagalah akhlak dan budipekerti setiap masa dan di mana-mana.
6.Nilai budi dan bahasa lebih tinggi dari dan mahal dari wang,emas dan pangkat.
7.Manusia hendaklah jadi insan 'INSAN', jangan jadi insan 'HAIWAN'.
8.Hormati ibubapa,orang-orang tua, kerana akan beroleh kejayaan dan keselamatan

Kemudian Ayahanda/Tok Ayah sambung lagi di muka surat lain :

1.Sembahyang 5 waktu jangan sesekali diabaikan,mesti ditunaikan, barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu tiada berkat dalam hidupnya dan tidak selamat dunia dan akhirat.

2.Bagi yang kurang pendidikan/pelajaran agama, hendaklah berusaha mempelajari di mana-mana juga dan dengarlah nasihat-nasihat guru-guru agama ke arah kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

3.Di antara adik beradik,keluarga,jiran tetangga, hendaklah bersifat bertoleransi, cari jalan penyelesaian, jangan keras hati kerana ia hanya merugikan diri sendiri.

4.Bertaqwa dan takutlah kepada Allah kerana ia pokok kebahagiaan hidup kita, jika apa-apa berlaku, kembalilah kepada perintah Allah dan RasulNya. Insya Allah akan beroleh kebahagiaan dunia akhirat.

Diharapkan semua ahli waris 279 dapat mengambil iktibar apa yang dipesankan Ayahanda/Tok Ayah dan hayatilah pesanan-pesanan tersebut, mudah-mudahan kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah s.w.t

Sabtu, 23 Mei 2009

Al-Fatihah Untuk Ayahanda Bonda!

Ayahanda bonda- Kenangan tinggal kenangan............ Al-Faatihah

Wahai ahli waris 279!!!

Dalam kita dok seronok-seronok, janganlah kita terlupa untuk sentiasa mendoakan kepada orang-orang yang kita sayangi dan cintai ayahanda dan bonda. Masa berlalu begitu cepat. dah nak masuk tahun ketujuh dah ayahanda meninggalkan kita. bonda pula dah masuk tahun kedua. Yang paling terkilan ialah kedua-duanya tak sempat nak tengok cucu-cucu depa kahwin. Tapi dalam masa yang dekat pula jodoh Kak Ngah dan Kak Long sampai. Kalau mak tok ada, tak taulah apa rancangan dia. Sebenarnya dalam semua-semua cucu dia, kak long dan kak ngah lah bertuah pasal dilahirkan di kediaman waris 279. Anak-anak Angah sungai semua dilahirkan di waris 279. Cucu-cucu lain 'tok wan' dan 'tok' depa di hospital. Rasa-rasa kalau tok ayah dgn mak tok ada, mau depa suruh buat kenduri kat rumah waris 279. Tapi apa pun kita tetap bersykur, keakraban dan perhubungan sesema ahli keluarga tetap utuh. Ini yang tok ayah dan mak tok nak tengok. Apa kerja pun anak-anak tetap muafakat. Yang pastinya roh ayahanda bonda yang tercinta sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Al-Faatihah!!!!

Birthday Ulfah!!!

Ameerah sedang memberi persembahan tapi tak berbunyi, mungkin mic rosak

Juadah banyak tapi tak tau sapa yang makan banyak

22 Mei- Kelmarin Andak buat makan-makan di rumahnya sempena menyambut hari jadi ulfah yang ke-11. Dah besaq rupanya Anak Mami ni. Macam biasalah yang mai tu, ahli waris 279 lah. Yang paling awai mai Anjang. Pak Njang baru balik mai dari Perth. Angah sungai pun ada juga. Cuma yang tak mai Along yang katanya tak sihat. Setakat mana tak sihatnya along, tidak diketahui tapi didoakan moga cepat sihat. Angah pula ke KL, ketika majlis diadakan, Angah baru ada kat Juru. Pak Ndak tuan rumah pun tak dak, ke Sarawak. Apa pun suasana tetap meriah. Waris 279 ni kalau berjumpa mesti riuh punya, ada masalah ka tak dak ka semua riuh. Insya Allah kita akan berjumpa pula di rumah Angah sungai jumaat ini!!!!

Sabtu, 16 Mei 2009

Mesyuarat Kenduri Kak long!

Apa yang 2 orang anak dara ni dok bincang........
Saufi terima kad jemputan kahwin dari Angah Sungai macam nak akad nikah aja!

7 Mei 2009- Alhamdulillah petang Jumaat lepas, semua waris 279 kecuali yang berada di KL berkumpul lagi di kediaman 279. Perjumpaan kali ini adalah bertujuan untuk bermesyuarat mengenai persiapan kenduri Kak Long (Ezma) yang dijangka Insya Allah pada 31hb Mei nanti. Di samping itu kenduri arwah ringkas untuk Arwah bonda yang kembali ke Rahmatullah pada 11 Mei 2007 juga sempat diadakan.Berikut adalah antara keputusan mesyuarat :

1.Khemah akan dipasang pada petang Jumaat (29 Mei 2009)
2.Semua waris 279 diharap dapat menghadirkan diri di rumah Angah Sungai pada 30hb Mei jam 10 pagi untuk membuat persiapan terakhir.
3.Marhaban akan diadakan pada 30hb mei (selepas Isyak).
4.Majlis Akad Nikah jam 10 pagi pada 31 Mei.
5.Semua waris 279 dikehendaki menjadi penyambut tetamu pada hari kenduri
6.Sumbangan RM200 perlu diserahkan kepada Cik Dan secepat mungkin.
7.Angah Tmn Purnama akan menyediakan muffin, Andak sedia bunga telur, Cik Dan sedia Maathurat dan Achik sedia air mineral. Semunya mesti disediakan pada 30hb Mei 2009.
8.Keluarga yang confirm ke Johor : Along (5 orang), Alang (5 orang), Andak (3 orang), Atam (4 orang), Cik Dan (5 orang), Angah Sungai (6 orang) dan Ati.
9. Bertolak ke Johor pada 5 Jun dr kediaman 279 selepas Maghrib.

Sebarang pertanyaan mengenai kenduri ini bolehlah hubungi Angah Sungai atau Cik Dan.

Mengapa Waris 279?


Assalamualaikum! Didoakan semoga semua anggota dan ahli wariis 279 yang mengunjungi blog ini berada dalam keadaan sihat walafiat. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Mengapa bolg ini diberi nama waris 279? Rumah di atas sebenarnya memberi sejuta erti bagi waris 279. 279 begitulah nombor keramat buat rumah ini. Suatu ketika dahulu rumah ini menjadi tumpuan dan tempat berkumpulnya saudara mara dan adik beradik. Gelak ketawa, tangisan dan teriakan sudah menjadi asam garam di keiaman 279 ini. Nostalgianya 279 pasti tidak dapat dilupakan. Mana tidaknya keluarga yang sudah besar ditambah dengan keriuhan anggota keluarga tambahan yang dijagai dan dididik oleh ayahanda dan bonda menjadikannya syurga dan jannah buat kami adik beradik. Sejak pemergian kedua-dua idola 279 (ayah dan mak), suasana serupa tetap kami teruskan di sini demi mempereratkan lagi keakraban adik beradik yang sudah sekian lama terikat simpul lagi kukuh dan dipanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t moga ianya terus terikat sehingga ke akhirat. Justeru, sewajarnyalah 279 wajar diabadikan buat tatapan dan kenangan generasi akan datang!

Jumaat, 8 Mei 2009

Assalamualaikum!!!

Assalamualaikum! Kepada semua waris 279, selamat melayari blog ini dan jadikan ia sebagai medium penghubung antara kita. Moga kewujudan blog ini akan mengeratkan hubungan berbentuk komunikasi di alam maya sesama kita. Sama-samalah kita meriahkan blog 'waris 279'.