Ahad, 27 Mac 2011

Perjumpaan Waris 279 Bulan April!

Assalamualaikum! Adalah diumumkan bahawa satu majlis perjumpaan semua ahli waris 279 akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 9 April 2011
Hari : Sabtu
Tempat : 279, Taman Malaysia.
Jam : 9.30 pagi (kita akan ke masjid ziarah pusara Mak Tok dan Tok Ayah dulu, so... harap dapat berkumpul di Taman Malaysia tepat pada waktunya)
10.30 pagi :Masak memasak : sesiapa yang ingin menyumbangkan derma untuk membeli lauk pauk, bolehlah hubungi anjang atau andak bagi penetapan menu makan pada hari tersebut agar tidak berlaku pembaziran. Mereka yang lahir di bulan April amat digalakkan memberi sumbangan. Boleh juga disediakan western food!!!

Semua ahli waris 279 mesti hadir....sesiapa yang bekerja, ambillah cuti, Insya Allah dapat berkumpul sama-sama.