Isnin, 19 September 2011

Menjejaki kaum kerabat Tok Ayah!

Yang laki tu Bg.Ya pernah kerja di Sek Sains Kedah, yang dok sembang dgn Along tu Kak Yam (bini Bg Ya)

17 Sept yang lepas, Cik Dan, Along dan Angah Sungai sempat hadir kenduri perkahwinan kaum kerabat Tok Ayah di Dewan SK Pokok Sena, Tasek Gelugor. Alhamdulillah, dapat juga kami semua menghubungkan semula silaturrahim dengan adik beradik kita sebelah Tok Ayah yang terputus agak lama. Seronok betul depa bila tengok kami mai. Banyak cerita dibualkan. Sebenarnya depa ni semua asal dari Kg Jawa, Pinang Tunggal (Tg.Putus). Depa ni dua pupu saja dgn kita. Tok wan dengan tok depa dua beradik. Bila Cik Dan tunjuk buku silsilah yang tok ayah buat pakat dok tanya pasai keturunan termasuk Pak Ngah Lah yang ada masa tu. Insya Allah kalau ada masa kita pi ziarah kaum puak tu pula.

Selasa, 13 September 2011

Dua ahli baru waris 279!

Ammar Hazim
Adam Danish

Waris 279 telah menerima kehadiran dua ahli baru iaitu Ammar Hazim (anak Kak Long/Hafiz) dan Adam Danish (Anak Izzatti/Edi). Keahlian mereka berdua diluluskan serta merta oleh AJK Tertinggi Waris 279. Tahniah kepada keuarga Angah Sungai dan Angah atas kehadiran cucu yang comel ini. Moga waris 279 sentiasa dirahmati Allah dan didoakan keturunan waris 279 akan dipelihara dan sentiasa diberi petunjuk olehNYa. Amiiin!!

Selasa, 6 September 2011

'Open House' Waris 279 Meriahhhh!!

Kak Chik and Family antara yang terawal sampai
Bakaq jangan tak bakaq...lekas oghang dok tunggu nooo
Antara juadah yang disediakan...banyak jenis wooo!
1 Malaysia.....
Pegawai Daerah Pendang sekeluarga turut memeriahkan majlis ini
Kabsah dan Maqlubah jadi rebutan, tak sampai sejam langsai
Tetamu Antarabangsa turut tidak melepaskan peluang hadir ke rumah terbuka
Berbaris panjang menunggu tempat duduk kosong
Pegawai Agama Daerah Kota Setar sekeluarga datang dengan pakaian sedondon
Penat oooo bakar satay.....lepak sat
Lepas Maghrib pun tetamu masih ramai
Menunggu duit raya...beghatuq jangan tak beghatuq
Tangan dihulur Maaf dipinta, ini bukan lakonan tau

Syok jadi budak-budak, kira dok bilang duit ja
Pertunjukan bunga api diakhiri dengan kecedaraan Amzar

2 Sept 2011-Open House Waris 279 yang pertama kali dianjurkan telah dihadiri hampir 1000 orang tetamu. Sungguh meriah melihat suasana hari raya pada hari tersebut. Mana tidaknya, sebelum Jumaat lagi para tetamu tekah mula memenuhi khemah jamuan yang disediakan. Kehadiran tetamu yang tidak putus-putus langsung tidak memenatkan ahli waris 279 yang terus melayan para tetamu dengan penuh mahabbah. Yang bakaq satay walaupun berair mata terus setia bakaq satay, yang buat ayaq biar berpeluh tetap buat ayaq, hat goreng kuehteow biar berpanas masih setia dengan belanganya. Pendek kata, semua kelam kabut menyediakan juadah untuk tetamu yang tak terjangka sambutannya sebegini hebat. Biar tuan rumah tak makan asalkan jangan dibiarkan tetamu kelaparan. Rugi sapa yang tak mai. Pada waktu malam ahli waris 279 sempat mengagihkan duit raya dan bersalam-salaman. Insya Allah boleh buat lagi pada masa akan datang.

Kembara Raya Waris 279!!!

Apa petuaMakngah yang sihat dalam umur macam ni....kena tanya ni
Makngah terkejut dgn kehadiran waris 279
Pak Ngah Lah sabar melayan karenah kaum lelaki waris 279
Fuhh...selera betul makan di rumah Kak Chik...akibat kena 'perambat balik'
Pusara saudara mara tidak dilupakan......
Di rumah Dah/Non
Cucuq Udang menjadi hidangan utama di rumah Paksu
Kemalangan yang melibatkan 3 buah kereta yang menyebabkan kesesakan di lebuhraya

1 Sept 2011- Alhamdulillah, seperti yang dirancangkan, kembara raya ke Seberang Perai Utara untuk menziarahi sanak saudara waris 279 berjaya dilaksanakan. Hampir 10 buah kereta berkonvoi dan menyertai kembara ini. Amat terkejut tuan-tuan rumah yang dikunjungi, maklumlah bilangan tetamu yang tak diundang ni terlalu ramai. Kelam kabut cari pinggan, gelas untuk dihidangkan. Tapi ahli waris 279 tak kisah tu semua, yang penting hubungan silatur rahim perlu diperkukuhkan. Terima kasih kepada Family Kak Chik (Paklang), Family Makngah Puan, Family Makngah Kor, Family Pakngah Lah, Family Non dan Family Paksu yang sanggup menerima kehadiran kami semua walaupun kami ni suka hingaq. Insya Allah berjumpa lagi tahun depan!!!