Jumaat, 24 Julai 2009

CONFIRM!!!

Assalamualaikum! Adalah dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatan Kuasa Kecil Aktiviti dan Program dalam Mesyuarat Khas pada 21 Julai 2009 telah memutuskan majlis dan program jamuan waris 279 Insya Allah akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 1 Ogos 2009
Tempat : Kediaman Waris 279
Masa : 3.00 petang sampai malam(Kena bagi sampai jam 3 .00 petang)
Collection : RM 20-30 sekeluarga(bawa duit pada 1 Ogos 2009)
Menu : Macam yang dah bagi tau dulu, kalau ada yang nak bawa dari rumah amat dialu-alukan!

Selain itu, ada acara tambahan iaitu main bowling pada sebelah malam bermula jam 8 mlm. Sesiapa yang berminat sila daftarkan diri kepada Ariff Helmi untuk tujuan booking lane.

Sekian!

Selasa, 14 Julai 2009

Sambutan Hangat!

Assalamualaikum! Hasil daripada maklum balas mengenai program 'gathering' waris 279 pada 1 Ogos ini nampaknya amat memberangsangkan. Justeru, diharapkan semua ahli waris dapat meluangkan masa pada hari tersebut seperti berikut :

Tarikh : 1 Ogos 2009
Tempat : Kediaman wari 279
Masa : Bermula jam 3.00 petang
Collection :( RM 20.00 sekeluarga, tak cukup Cik Dan Tanggung......
Menu : sila buat cadangan terperinci.... bagi kat Anjang atau Alang (
Sate/Kek Birthday, cikdan bagi)
Bagi yang tak dapat hadir...... cuba-cubalah mai......rugi OOOOO

TERIMA KASIH KERANA BAGI SOKONGAN KEPADA BLOG WARIS 279 YANG DAH NAK MENCECAH 500 TETAMU!!!!

Sekian

Jumaat, 3 Julai 2009

Mandi di Kolam Air Panas dan di Lata Mengkuang!

Dalam bilik.......
Berendam di kolam air panas
Tiga jejaka yang tiada tandingan..........
Mandi di Lata Mengkuang
Berkelah di Lata Mengkuang

2-3 Julai 2009- Kelmarin keluarga Along, Alang,Cik Dan dan Achik bertolak ke Ulu Lenggong, Siong, Baling untuk mendi di kolam Air Panas. Inilah pertama kali, kami semua sampai ke situ. Seronok juga tempat ni. Kolam ada 3. Challet ada beberapa kategori tapi tak banyak. Nasib baik tempah awal. Buat pertama kali juga kami dapat tengok orang ramai berkelah di tengah malam. Penuh di sekitar kawasan kolam tu. Tak rasa mengantuk. Budak-budak sampai 1-2 pagi boleh dok pi mandi lagi. Suasana kat situ memang meriah. Selain riuh rendah masa mandi, banyak juga gerai makan yang dibuka sama ada dalam atau pun luar. Lepas solat Subuh, pakat p lagi berendam di kolam air panas. Masa tu kolam dok tengah cuci. Habis air kat kolam, pakat p mandi kat air sungai yang ada kat dalam rekreasi tu.

Masa bertolak balik ke Alor Setar, kami sempat berhenti berkelah di Pusat Peranginan Lata Mengkuang, Sik. Air kat sini sejuk. Orang tak berapa ramai. Budak-budak tu tak cemuih-cemuih mandi. Yang tua kira dok makan, sat nasi goreng, sat laksa, paling dak pun makan kuaci. Apa pun memang best, perkelahan ini. Kalau ramai yang pi lagi best. Mungkin lepas ni kita pi ghamai2.