Isnin, 6 Jun 2011

Jamuan Kesyukuran di Rumah Cik Dan






3 Jun 2011- Alhamdulillah, jamuan kesyukuran di rumah Cik Dan telah selamat diadakan walaupun pada suatu ketika hujan lebat turun. Hampi 200 orang tetamu datang. Banyak juga menu makan petang tu....ada bihun sup, roti jala, nasi lemak, bubur, kuih muih, dadih dan banyak-banyak lagi. Alhamdulillah semua dapat makan. Amzar pula selamat dikhatankan pada 1 Jun 2011 dan sedang seransur pulih. Macam biasa ahli waris 279 berkumpul pada sebelah malam...riuh lah. Yang paling lambat sampai Pak dak, lebih kurang jam 11 malam, baru sampai dari KL. Tapi makan masih cukup. Terima kasih diucapkan kepada semua yang mai rumah Cik Dan pada hari tersebut. Kehadiran anda semua memang meriah. Cuma Cu lin, Ati, kak long and kak ngah tak dapat mai. Tak pa nanti dengar cerita Along pula nak buat jamuan....jom kita serbu pula rumah Along.