Isnin, 26 Mac 2012
Menunaikan Umrah!
Alhamdulillah sebahagian ahli waris 279 telah selesai mengerjakan umrah pada 5-20 Mac lepas. Antara yang turut serta ialah Cik Dan, Family Along, Angah dan Mimi & husband. Boleh dikatakan segalanya berjalan dengan baik walaupun kelihatan Along agak kurang sihat. Menjelang kepulangan ke Malaysia, giliran Angah pula yang kurang sihat. Apa pun semuanya dapat menunaikan umrah dengan sempurna. Sebelum menunaikan umrah, kami juga sempat melawat tempat menarik di Jordan seperti Ashabul Kahfi, Laut Mati dan Maqam Nabi Shuaib. Moga Allah swt memberi peluang lagi untuk menzirahi Baitullah di Mekah dan Maqam Rasulullah di Madinah, Amiin!
Khamis, 1 Mac 2012
Birtday Cu Lin!
29 Feb 2012- Empat tahun sekali baru jumpa tarikh 29 Feb. Kesian kat Cu Lin. Tapi tak pa, cu lin buat majlis makan-makan semalam. Boleh kata hebat juga.....ada satay lagi. Rugi sapa yang tak mai semalam. Apa pun kita kena tunggu empat lagi, baru ada kenduri pada 29 hb di rumah Cu Lin, masa tu Afeeya pun besar dah. Happy Birthday Cu Lin!
Langgan:
Catatan (Atom)