3 Ogos 2012- Iftar di rumah Andak berlangsung seperti dirancang. Terima kasih kepada semua yang hadir termasuklah Abg Fazli kita yang sanggup menyeberang Tambak Johor untuk sama-sama memeriahkan majlis berbuka ini. Insya Allah bertemu lagi pada 10 Ogos di rumah Culin pula.
30 Julai- Ahli waris 279 seperti tahun-tahun yang lalu turut mengadakan jamuan berbuka puasa di masjid Alor Merah. Alhamdulillah, tahun ini, pihak masjid bagi 10 Ramadan. Kehadiran orang yang datang berbuka juga agak bertambah berbanding tahun-tahun yang lepas. Bagi ahli waris 279, family Along, Alang, Andak, Cik Dan dan Achik turut sama berbuka di masjid. Insya Allah, moga program ini diteruskan pada tahun-tahun akan datang.