Tahniah kepada Ati dan Edy yang telah mendapat seorang lagi anak lelaki pada 18 Jun 2013 lalu . Kepada Adam Haris, Selamat datang ke dunia baharu yang penuh dengan ujian dan dan mihnah. Insya Allah Waris 279 tetap menjaga anda!
Khamis, 27 Jun 2013
Selasa, 28 Mei 2013
Rehlah ke Pantai Timur!
Sudah lama anggota waris 279 tidak mengadakan rombongan. Kali akhir ialah pada Hari Raya Cina tahun 2011. Alhamdulillah, akhirnya pada 23-25 Mei lepas dapat juga ahli waris berkumpul dan 'beriuh' semula di dalam bas. Geng KL, Ipoh seperti Kak Long, Kak Yang dan Mimi sanggup balik ke Alor Setar semata-mata nak bersama ahli kelurga waris yang lain, malah Fazli sanggup ambil cuti dan balik dari Singapura. Walaupun program ni tidak dirancang dengan baik kerana kesibukan bekerja, Alhamdulillah, berjaya juga pelaksanaan rehlah ini dengan kerjasama semua ahli waris 279.
Rehlah singkat ke Pantai Timur ini dimulakan dengan melawat Terengganu. Selepas solat subuh di Masjid Hadhari, Jerteh dan bersarapan pagi di AZ Selera Timur rombongan dibawa melawat gedung Nur Arfa Batik di Kuala Terengganu. Memang gedung ini sesuai untuk mereka yang suka membeli kain dan pakaian yang eksklusif. Tak kurang juga hebatnya ahli waris 279 yang turut berbelanja besar di gedung ini. Selepas itu semua ahli sempat dibawa ke masjid terapung sebelum ditinggalkan untuk bershopping di mana lagi kalau bukan di Pasar Payang. Memang orang ramai tetapi kerana ghairah bershopping, keramaian orang tidak dipedulikan. Selepas berhabis di Pasar Payang, rombongan kembali ke AZ Selera Timur untuk makan tengahari.
Membeli belah di Pasar Payang satu kemestian bila ke Kuala Terengganu
Di Norarfa Batik
Menjamu selera di AZ Selera Timur
Berhenti buat persiapan diri di Jerteh
Alhamdulillah dengan perut yang sudah kenyang, bas bergerak menuju ke Masjid Kristal dan Tamadun Islam. Sebahagian ahli waris masuk ke Taman Tamadun Islam manakala sebahagian yang lain pula mengambil kesempatan menaiki bot untuk menikmati keindahan Sungai Terengganu. Tak lengkap rasanya kalau ke Terengganu kalau tak singgah di Kg Losong untuk membeli keropok lekor. Sebelum Maghrib, bas meluncur ke Kota Bharu. Hotel Fiften Avenue di Wakaf Che Yeh adalah tempat penginapan rombongan. Jalan amat sesak di Wakaf Che Yeh. Sebaik sampai dan check ini di hotel, ahli rombongan tidak melepaskan peluang untuk turun meronda Pasar Wakaf Che Teh yang amat termasyhur itu.
Ahli waris 279 mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai di Taman Tamadun Islam
Menikmati keindahan sungai Terengganu
Meronda di Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Penat berjalan, mata dipejam rapat malam itu. Besok lawatan akan disambung semula. Walaupun janji nak bertolak awal tetapi kerana kepenatan akhirnya jam 10 lebih baruk bertolak ke pantai PCB. Dalam perjalanan sempat singgah di kedai yang jual keropok lekor 'black pepper' dan murtabak raja. Masa sampai di kedai tu, keropok lekor tu tak digoreng lagi. Tapi sebab excited sangat nak makan, tunggu jugalah, memang sedap.
Sabar menunggu keropok digoreng
Menghirup udara segar di pantai PCB
Pasar Siti Khadijah memang destinasi yang boleh ditinggalkan jika melawat Kota Bharu. Membeli lagi ahli waris 279 sebelum menjamah makan tengahari di Restoran Cikgu Nasi Ulam yang tak jauh dari pasar tersebut. Memang Fuhh betul makan kat sini, ikan keli goreng besar sungguh, ikan patin masak singgang dan ulaman yang cukup banyak. Dah kenyang naik bas ke Rantau Panjang sebagai destinasi akhir sebelum bertolak balik. Sempat juga ahli rombongan singgah di Masjid Cina untuk solat Jamak Ta'khir. Habis meronda di Rantau Panjang, terus bertolak balik ke Alor Setar dan selamat tiba jam 2 pagi. Semoga ada lagi rehlah macam ni, setuju dak? Dengar cerita ada rombongan nak ke Phuket dan Krabi pula.....wow memang best.... Apa pun tengok bajet lah dulu.....Semoga berjumpa lagi dalam rombongan akan datang. Terima kasih semua yang memberi kerjasama dalam menjayakan rehlah ke Pantai Timur.
Bersama tauke restoran Nasi Ulam (baju putih)
Aduhh, laparnya....lewat makan
Menarik minum kopi Maraschino Kafe Rantau Panjang, macam-macam bentuk krim kopi ni dibuat
Jumaat, 3 Mei 2013
KENDURI KAK YANG
Assalamualaikum semua.. Kenduri KakYang @ Ashraffina Hang Tuah telah berlangsung pada 2 MAC 2013 di kediaman 279, Taman Malaysia telah berakhir dengan jayanya... Alhamdulillah.. Terima Kasih pada semua ahli keluarga...walaupun agak lambat upload gambar2 semua, tapi suasana kenduri tu masih lagi terasa meriahnya.. SEMOGA KALIAN BERDUA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT... Mari kita berkongsi sedikit sebanyak gambar2 yang ada...
Majlis Akad Nikah
Marhaban
Geng Geng Rojak
Bahagian Muruku
Ais Kacang LAKU !!
Tempat menjamu selera bagi pengantin dan jugak tetamu pihak pengantin lelaki
Flower Girls ! Dua2 kecik tu comel !!
Ketibaan Pengantin dan Keluarga Pengantin Lelaki
JIMI & FINA
sedang menjamu selera
Jumaat, 22 Februari 2013
GOTONG ROYONG DI TAMAN MALAYSIA
PENGUMUMAN
Majlis gotong royong pada hari ini dan esok harap semua ahli waris hadir.
Bermula jam 9 pagi sampai malam.
Majlis gotong royong pada hari ini dan esok harap semua ahli waris hadir.
Bermula jam 9 pagi sampai malam.
Rabu, 26 Disember 2012
Isnin, 10 Disember 2012
KEM DIDIK WARIS 279
Kem Didik Waris 279 berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang pada 4-8 Disember 2012. Walaupun serba kekurangan, namun kem ini tetap berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kem ini demi memastikan generasi waris 279 menjadi insan berakhlak mulia lagi bertaqwa. Insya Allah tahun depan kita buat kem yang lebih menarik dan hebat lagi.
Mantooop!!!!
Gotong Royong Bersih Kubur Waris 279 antara program kem
Program Riadah yang diketuai oleh Paklang
Peserta Kem Paling Cilik Tapi Amat Aktif Dalam Acara Penutup
Persembahan Multimedia Pada Majlis Penutup
Antara persembahan oleh peserta kem
Jawatankuasa Kem Dan Peserta Bergambar Selepas Majlis Penutup
Rabu, 14 November 2012
Aikkk.....Tetiba jumpa di Kelang!
Sebahagian ahli Waris 279 sempat juga menyinggah di rumah Ati di Kelang.....Family Ateh, Cikdan, Mimi dan Yana buat lawatan khas ke rumah Ati, tapi sayangnya hanya Ati sorang ja ada....Adam dgn Ayahandanya keluar .......
Mcm pi Zoo.....di rumah Ati ada akuarium besar, ada burung
Nasib baik Adam tak dak, kalau tidak mesti syok tengok Arena berkelahi dgn Adam berebut mainan
Kalut ja Ati bila kami sampai
Sempat singgah makan beriyani gam...
Langgan:
Catatan (Atom)