Selasa, 28 Mei 2013

Rehlah ke Pantai Timur!

Sudah lama anggota waris 279 tidak mengadakan rombongan. Kali akhir ialah pada Hari Raya Cina tahun 2011. Alhamdulillah, akhirnya pada 23-25 Mei lepas dapat juga ahli waris berkumpul dan 'beriuh' semula di dalam bas. Geng KL, Ipoh seperti Kak Long, Kak Yang dan Mimi sanggup balik ke Alor Setar semata-mata nak bersama ahli kelurga waris yang lain, malah Fazli sanggup ambil cuti dan balik dari Singapura. Walaupun program ni tidak dirancang dengan baik kerana kesibukan bekerja, Alhamdulillah, berjaya juga pelaksanaan rehlah ini dengan kerjasama semua ahli waris 279.

Rehlah singkat ke Pantai Timur ini dimulakan dengan melawat Terengganu. Selepas solat subuh di Masjid Hadhari, Jerteh dan bersarapan pagi di AZ Selera Timur rombongan dibawa melawat gedung Nur Arfa Batik di Kuala Terengganu. Memang gedung ini sesuai untuk mereka yang suka membeli kain dan pakaian yang eksklusif. Tak kurang juga hebatnya ahli waris 279 yang turut berbelanja besar di gedung ini. Selepas itu semua ahli sempat dibawa ke masjid terapung sebelum ditinggalkan untuk bershopping di mana lagi kalau bukan di Pasar Payang. Memang orang ramai tetapi kerana ghairah bershopping, keramaian orang tidak dipedulikan. Selepas berhabis di Pasar Payang, rombongan kembali ke AZ Selera Timur untuk makan tengahari. 
 Membeli belah di Pasar Payang satu kemestian bila ke Kuala Terengganu
 Di Norarfa Batik
 Menjamu selera di AZ Selera Timur

 Berhenti buat persiapan diri di Jerteh


Alhamdulillah dengan perut yang sudah kenyang, bas bergerak menuju ke Masjid Kristal dan Tamadun Islam. Sebahagian ahli waris masuk ke Taman Tamadun Islam manakala sebahagian yang lain pula mengambil kesempatan menaiki bot untuk menikmati keindahan Sungai Terengganu. Tak lengkap rasanya kalau ke Terengganu kalau tak singgah di Kg Losong untuk membeli keropok lekor. Sebelum Maghrib, bas meluncur ke Kota Bharu. Hotel Fiften Avenue di Wakaf Che Yeh adalah tempat penginapan rombongan. Jalan amat sesak di Wakaf Che Yeh. Sebaik sampai dan check ini di hotel, ahli rombongan tidak melepaskan peluang untuk turun meronda Pasar Wakaf Che Teh yang amat termasyhur itu.

 Ahli waris 279 mengambil kesempatan bergambar beramai-ramai di Taman Tamadun Islam
 Menikmati keindahan sungai Terengganu

Meronda di Pasar Malam Wakaf Che Yeh


Penat berjalan, mata dipejam rapat malam itu. Besok lawatan akan disambung semula. Walaupun janji nak bertolak awal tetapi kerana kepenatan akhirnya jam 10 lebih baruk bertolak ke pantai PCB. Dalam perjalanan sempat singgah di kedai yang jual keropok lekor 'black pepper' dan murtabak raja. Masa sampai di kedai tu, keropok lekor tu tak digoreng lagi. Tapi sebab excited sangat nak makan, tunggu jugalah, memang sedap.


 Sabar menunggu keropok digoreng

Menghirup udara segar di pantai PCB

Pasar Siti Khadijah memang destinasi yang boleh ditinggalkan jika melawat Kota Bharu. Membeli lagi ahli waris 279 sebelum menjamah makan tengahari di Restoran Cikgu Nasi Ulam yang tak jauh dari pasar tersebut. Memang Fuhh betul makan kat sini, ikan keli goreng besar sungguh, ikan patin masak singgang dan ulaman yang cukup banyak. Dah kenyang naik bas ke Rantau Panjang sebagai destinasi akhir sebelum bertolak balik. Sempat juga ahli rombongan singgah di Masjid Cina untuk solat Jamak Ta'khir. Habis meronda di Rantau Panjang, terus bertolak balik ke Alor Setar dan selamat tiba jam 2 pagi. Semoga ada lagi rehlah macam ni, setuju dak? Dengar cerita ada rombongan nak ke Phuket dan Krabi pula.....wow memang best.... Apa pun tengok bajet lah dulu.....Semoga berjumpa lagi dalam rombongan akan datang. Terima kasih semua yang memberi kerjasama dalam menjayakan rehlah ke Pantai Timur.

 Bersama tauke restoran Nasi Ulam (baju putih)
 Aduhh, laparnya....lewat makan

Menarik minum kopi Maraschino Kafe Rantau Panjang, macam-macam bentuk krim kopi ni dibuat

1 ulasan: