Assalamualaikum! Marilah sama-sama kita merenung pesanan Ayahanda/Tok ayah ni kepada anak cucunya. Pesanan ni telah ditulis oleh Ayahanda/Tok Ayah dalam diarinya pada 15/12/1988 iaitu kira-kira 21 tahun yang lalu. Kebetulan pula tarikh tu ialah tarikh hari lahir Angah Sungai. Dah nak dekat kenduri Angah Sungai, maik kita pakat-pakat sama hayati pesanan Ayahanda/Tok ayah ni:-
1.Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dilakukan dengan ikhlas.
2.Buat baik berulangkali, buat jahat jangan sekali.
3.Hidup manusia dengan perjuangan,tanpa perjuangan tiada erti.
4.Syarat perjuangan mesti dilengkapi dengan usaha,rajin,sabar dan tabah hati.
5.Jagalah akhlak dan budipekerti setiap masa dan di mana-mana.
6.Nilai budi dan bahasa lebih tinggi dari dan mahal dari wang,emas dan pangkat.
7.Manusia hendaklah jadi insan 'INSAN', jangan jadi insan 'HAIWAN'.
8.Hormati ibubapa,orang-orang tua, kerana akan beroleh kejayaan dan keselamatan
Kemudian Ayahanda/Tok Ayah sambung lagi di muka surat lain :
1.Sembahyang 5 waktu jangan sesekali diabaikan,mesti ditunaikan, barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu tiada berkat dalam hidupnya dan tidak selamat dunia dan akhirat.
2.Bagi yang kurang pendidikan/pelajaran agama, hendaklah berusaha mempelajari di mana-mana juga dan dengarlah nasihat-nasihat guru-guru agama ke arah kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
3.Di antara adik beradik,keluarga,jiran tetangga, hendaklah bersifat bertoleransi, cari jalan penyelesaian, jangan keras hati kerana ia hanya merugikan diri sendiri.
4.Bertaqwa dan takutlah kepada Allah kerana ia pokok kebahagiaan hidup kita, jika apa-apa berlaku, kembalilah kepada perintah Allah dan RasulNya. Insya Allah akan beroleh kebahagiaan dunia akhirat.
Diharapkan semua ahli waris 279 dapat mengambil iktibar apa yang dipesankan Ayahanda/Tok Ayah dan hayatilah pesanan-pesanan tersebut, mudah-mudahan kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah s.w.t
Tiada ulasan:
Catat Ulasan