Jumaat, 3 Julai 2009

Mandi di Kolam Air Panas dan di Lata Mengkuang!

Dalam bilik.......
Berendam di kolam air panas
Tiga jejaka yang tiada tandingan..........
Mandi di Lata Mengkuang
Berkelah di Lata Mengkuang

2-3 Julai 2009- Kelmarin keluarga Along, Alang,Cik Dan dan Achik bertolak ke Ulu Lenggong, Siong, Baling untuk mendi di kolam Air Panas. Inilah pertama kali, kami semua sampai ke situ. Seronok juga tempat ni. Kolam ada 3. Challet ada beberapa kategori tapi tak banyak. Nasib baik tempah awal. Buat pertama kali juga kami dapat tengok orang ramai berkelah di tengah malam. Penuh di sekitar kawasan kolam tu. Tak rasa mengantuk. Budak-budak sampai 1-2 pagi boleh dok pi mandi lagi. Suasana kat situ memang meriah. Selain riuh rendah masa mandi, banyak juga gerai makan yang dibuka sama ada dalam atau pun luar. Lepas solat Subuh, pakat p lagi berendam di kolam air panas. Masa tu kolam dok tengah cuci. Habis air kat kolam, pakat p mandi kat air sungai yang ada kat dalam rekreasi tu.

Masa bertolak balik ke Alor Setar, kami sempat berhenti berkelah di Pusat Peranginan Lata Mengkuang, Sik. Air kat sini sejuk. Orang tak berapa ramai. Budak-budak tu tak cemuih-cemuih mandi. Yang tua kira dok makan, sat nasi goreng, sat laksa, paling dak pun makan kuaci. Apa pun memang best, perkelahan ini. Kalau ramai yang pi lagi best. Mungkin lepas ni kita pi ghamai2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan