Selasa, 1 Disember 2009

Sambutan Aidil Adha!!!

Pakdak sedang memberi penerangan mengenai penubuhan koperasi


Sambutan Aidil Adha Waris 279 tahun ini memang meriah walaupun disambut secara sederhana. Sejak Hari Raya pertama lagi semua ahli waris 279 telah berkumpul di Taman Malaysia. Hari ini Pak jang masak nasi tomato. Mesyuarat pada waktu petang dapat dijalankan seperti yang dirancang. Bermula dengan perbincangan majlis pertunangan Izzatti yang diadakan pada hari raya ke-3 diteruskan dengan penerbitan diari waris 279 dan diakhiri dengan usul penubuhan koperasi waris 279. Selain itu, persaingan sengit juga berlaku dalam pertandingan logo waris 279 apabila pihak urusetia menerima ‘terlalu’ banyak penyertaan daripada ahli. Insya Allah tidak lama lagi waris 279 akan mempunyai logonya sendiri.



Licin habis, ahli waris makan
Bakal pengganti Chef Wan dan Chef Zul
Sempat lagi pi main bowling......
Ahli baru waris 279, Edi turut tunjuk bakat.....

Pada hari raya ke-2,sekali lagi ahli waris 279 berkumpul. Pada sebelah pagi beberapa orang ahli yang diketuai oleh Paklang ke Masjid Alor Merah untuk menyertai ibadah korban. Walaupun lembu korban agak lewat sampai namun Alhamdulillah, segalanya dapat selesai pada waktu tengahari. Pada waktu petangnya, daging dan ditambah dengan ayam serta bahan-bahan makanan lain dibakar dan dipanggang untuk dimakan ramai-ramai. Tak sampai 1 jam, boleh dikatakan semua makanan habis dimakan. Alhamdulillah tiada pembaziran berlaku. Pada waktu malam, ahli waris 279 bergerak pula ke gelanggang bowling di Sentosa Bowl. Macam biasa la ada pertandingan dan sekali keriuhan di rumah berlanjutan di sana.





Menunggu hidangan disediakan
Balik membawa balasan dulang
Izzatti yang sudah menjadi tunangan orang bersama maknya

Balik saja rombongan peminangan......juadah kena serbu oleh ahli wwaris 279

Hari raya ke-3, majlis pertunangan Izzatti berjalan seperti yang dijadualkan. Ketibaan rombongan lelaki menjelang jam 3 petang memang telah dirancang. 6 buah kereta semuanya dengan mmbawa hampir 10 dulang. Perbincangan pun dilaksanakan dan Alhamdulillah semuanya bersetuju. Insya Allah kalau tiada apa-apa halangan, kenduri akan diadakan pada 16 Jun 2010. Moga apa yangdihajatkan ini akan dimaqbulkan Allah s.w.t.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan