Rabu, 8 September 2010

Cebisan Kisah Dari Tok Ayah- Sempena 8 tahun pemergian Tok Ayah

Assalamualaikum semua waris 279.....22 Ramadan pasti menjadi ingatan kita semua kerana pada hari itulah Tok Ayah meninggalkan kita buat selama-lamanya..... Bersempena Aidil Fitri tahun ini , ingin dipersembahkan beberapa kenangan manis Tok Ayah yang sempat dikutip dari buku catatan Tok Ayah, antaranya:

1.Ketika saya (tok ayah) berumur 9 tahun (lebih kurang tahun 1934),Kanda Hj Mohamad membawa saya ke Pulau Pinang dengan menaiki bas kemudian feri dan tremdi bandar Tanjung. Alangkah gembiranya dengan kali pertama melihat dan menaiki feri. Zaman itu ada kelas satu, kelas dua dan cara pemeriksa tiket dan jualan-jualan di atas feri.Kemudian naik trem yang belum pernah juga dinaiki, kemudian Kanda Hj Mohamad bawa masuk kedai jual murah dan makan mee di kedai berdekatan.

2.Ketika saya berumur 11 tahun, kebetulan kekurangan qari dari murid-murid sekolah rendah. Saya minta daripada Haji Ahmad, guru Quran hendak ikut bersama-sama mereka ke Alor Setar. Dia bersetuju dengan syarat katanya saya mesti ambil bahagian membaca Quran di Masjid Zahir. Saya terima syaratnya tetapi suara saya taklah semerdu sebagaimana kawan-kawan lain. Selepas dua malam membaca Quran bermalam di rumah waqaf yang disediakan di Masjid Zahir. Saya pulang ke rumah dengan gembira kerana mendapat wang dan dapat membeli sepasang kasut sepatu hitam, selain itu di Alor Setar kenangan masih ingat lagi dengan dapat melihat polis Benggali membakar meriam sebagai tanda masuknya waktu berbuka puasa. Inilah kali pertama saya datang ke Alor Setar dan lebih gembira Ayahanda Hj Arof turut bersama.

3.Hari menerima Sijil (Syahadah) daripada Sultan Badlishah pada hari Ihtifal. Hari bersejarah itu berlaku dalam tahun 1948 (7 Zulhijjah 1368). Hari amat gembira dan amat bangga).


اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه، اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنان ولا تجعل قبره حفرة من حفر النيران آمين يا رب العالمين

Al-Fatihah........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan