Ahad, 27 November 2011

Sejarah 21 tahun lalu!



28 November 1990- Sedar-sedar dah 21 tahun berlalu! Anugerah Keluarga Bahagia yang diterima oleh keluarga waris 279 pada tarikh tersebut oleh pihak kerajaan amat dikenang. Malah di peringkat kebangsaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang sampaikan. Bangga melihat Al-Marhum Tok Ayah dan Al-Marhumah Mak Tok naik ke pentas menerima anugerah tersebut. Sayangnya Cik Dan dan Ateh tak dak sebab sedang belajar di luar negara. Yang lain rasanya dapat bersama Tok Ayah dan Mak Tok. Pengorbanan Tok Ayah dan Mak Tok sememangnya tiada tandingan dan tidak terbalas. Nampaknya tiada seorang pun anak-anak depa yang dapat ikut. Mana tidaknya, mana ada sorang pun ada anak lebih 5. Tiga orang pun dah tak larat nak jaga. Tok Ayah dan Mak Tok jaga 10 orang tambah lagi dengan anak-anak angkat yang lain..... ramai. Walaupun pendapatan kecik tapi berkat, itu yang kita nak. Moga anak-anak dan cucu Tok Ayah yang lain ada yang dapat ikut jejak mereka suatu hari nanti dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya dan bahagia sehingga hari ini. Ya Allah! Engkau limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada semua keturunan kami! Moga Kami semua sentiasa berpegang teguh dengan aqidah Islam dan Iman yang telah ditanam oleh ibu bapa kami! Ya Allah! Kasihanilah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka mengasihani kami semasa kami keci! Ya Allah! Tempatkanlah mereka berdua dalam kalangan orang yang soleh dan sentiasa didalam perlindunganMU! Amiiiii Ya Rabbal 'Alamin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan