Jumaat, 13 April 2012

Kembali berkumpul di TM!!!





Alhamdulillah, sesudah lama tidak berkumpul di kediaman 279, semalam (12 April) ahli waris 279 kembali semula ke Taman Malaysia. Sebelum ni, sempat juga ahli waris berkumpul di rumah Angah dan Andak. Walaupun tidak semua ahli dapat hadir tetapi majlis semalam tetap meriah dan berjalan lancar. Along masak nasi dan gado-gado turut disediakan sebagai jamuan makan. Majlis semalam turut mengadakan tahlil dan bacaan Yaasin untuk kaum keluarga yang telah pergi meninggalkan khususnya kepada keluarga Pakdak yang baru kehilangan ayahandanya minggu lepas. Selepas majlis tersebut, ahli waris mengambil peluang untuk bermesyuarat secara tidak rasmi mengenai program lawatan 2012. Moga selepas ini akan dipertemukan kesemua ahli tanpa ada lagi yang tercicir Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan