Antara tetamu jemputan yang hadir |
Makan, makan, jgn membazir sudah |
Geng Pompuan ni diusrahkan oleh Afeeqah |
Geng lelaki pula dinaqibkan oleh Pemuda 279 |
Apa lagi kalau tak bercerita pasal drama TV.....kah...kah...kah |
27 Julai- Iftar di rumah Achik memang amat meriah. Mana tidaknya bukan sahaja ahli waris 279 hadir tetapi juga jiran di taman anggerik turut memeriahkan majlis iftar tersebut. Apa yang menarik para tetamu yang hadir bukan sahaja datang untuk menjamu selera tetapi juga turut bersama menunaikan ibadah solat Maghrib berjemaah, malah sebahagian daripada mereka turut menunggu untuk bersama-sama mendirikan solat sunat terawih. Juadah berbuka tidak kurang hebatnya dengan nasi beriyani adalah hidangan utama. Selain itu turut dihidangkan ialah kuih muih, roti jala, kanji dan popia goreng. Alhamdulillah, majlis iftar ini berjalan lancar dan amat meriah sekali dengan suasana riuh di rumah Achik. Jumpa lagi minggu depan di rumah Andak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan