Isnin, 29 Oktober 2012

Peringatan: Rehlah Ke Gunung Jerai!!!

Assalamualaikum! Kepada semua ahli waris 279 yang akan menyertai "Perkhemahan Perdana" di Gunung Jerai, sila pastikan perkara-perkara berikut dimaklumi dan dilaksanakan:

1.Ahli waris 279 boleh bertolak selepas jam 1 tgh. Bagi mereka yang akan membawa kenderaan sendiri untuk naik ke atas, boleh bertolak dari Alor Setar dari jam 3 petang. Kita berkumpul di R&R Gurun. Setakat ni family Cik Dan, Cu Lin dan Achik yang dah setuju untuk bawa kenderaan.

2.Sila bawa pakaian dan peralatan secukupnya untuk tujuan rekreasi, games, sport, swimming, solat dan bersantai.

3. Sila bawa makanan secukupnya untuk 3 hari. Bawalah apa sahaja asalkan boleh sama-sama dapat makan. Untuk menu makan hari Khamis (hari pertama) dipohon family Along, Cik Dan dan Alang memasak nasi. Family Andak masak gulai daging+ubi, Alang masak sambal tumis, Cik Dan beli ayam, Along sediakan ulam+ sambal, Atam sediakan sayur atau kerabu ka (nyam, nyam, sedapnyaa). Yang lain bolehla pikiaq nak mask apa2. Kalau boleh Alang tolong cadang kat Angah masak apa-apa sejenis lagi.

3.Family Cik Dan dan Andak diminta bawa beras untuk tempoh dua hari. Along bawa sardin. Achik diminta bawa air mineral dan sosej. Cu Lin bawa telur dan kek.

4. Diminta juga semua family bawa roti saiz besar sebuku, maggi cup (1/2 dozen) dan air secukupnya.

5. Yang lain tu terpulanglah nak bawa apa pun. Paling penting yang ada dapur macam Cu Lin dengan Along, tolong bawa sama.

6. Kalau ada apa-apa yang tertinggal, tolong tulis kat sembang-sembang 279. OK!

Satu lagi yang belum bayar duit penginapan/perkhemahan sila bawa pada hari tersebut!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan