Sabtu, 27 Jun 2009

Lama Sungguh Tak Dengaq Cerita!!!!

Dah agak lama tak dak berita dalam blog ini. Mungkin waris 279 tak banyak program atau memang tak dak program Habis kenduri Kak Long hari tu sunyi saja. Nasib baik ada chat box. Boleh lah juga sembang-sembang. Apa pun kita bersyukur kerana dah ramai tau nak masuk blog ni. Yang paling syok pakat dok cakap sorang-sorang dulu, maklumlah masuk tak serentak. Buat masa la ni Anjang dan Kak Ngah dok tengah leading. Cu lin tu kira dok no. 3 la. Harap-harap lepas ni pakat dok sembang lagi la. Satu lagi dicadangkan waris 279 kena ada juga perjumpaan sebulan sekali. Bukan apa tak cerita tak syok juga. Sayang juga bulan ni ramai yang birthday tapi sapa pun tak dan nak buat. Kalau tidak mesti ada berita. Satu lagi, kalau ada apa-apa berita dan gambar email mai ke waris279@gmail.com. Boleh buat berita. Kalau nak kirim gambar, pastikan dah dikecilkan dulu saiz dia dan di save kan dalam 'jpeg'. Baru senang nak upload. Apa pun pakat-pakatlah hantar berita mai. Insya Allah satu lagi kalau sempat akan dimasukkan lagi cerita dan pesanan-pesanan Tok Ayah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan