Sabtu, 13 Jun 2009

Kenduri (Siri 2) - Sempat Berhenti di Melaka!!!

Ada lagi, orang yang nak naik kereta lembu..... akhirnya tercapai juga impian!!!
Makan...makan.... tapi body kena jaga satgi terlebih saiz....
Awat pakat tengok saja...... terjun la
Ni.... dok ambik gambar kat depan rumah sapa pulak ni?
Mesti kat luar panas, masuk kat Mall kena aircond.....tak beli apa pun
Ni baru sebahagian..... kalau semua ada lagi meriah kan?????


Kenduri Kak Long bukan setakat di Batu Pahat saja. Anggota rombongan dan waris 279 mengambil kesempatan singgah bermalam di Melaka. Macam-macam peristiwa berlaku kat sana. Dah lah bermula dengan cari hotel tak jumpa-jumpa. Dah jumpa dok kira bertengkar dengan uncle yang dok jaga hotel tu pula. Dah pakat penat ingat ramai yang nak rehat. Rupanya dak, pakat jadi kelawar. Mata koi cerah, semangat nak berjalan dan merayau. Ada yang keluar sebelum maghrib lagi. Ada yang pi naik teksi, ada yang guna kaki sendiri. Masa balik kononnya nak jimat duit, pakat lawan jalan kaki, lepas tu gaduh penat. Tapi takpa syok punya pasai, jalan pun jalanlah. Baik hat tua, yang muda atau pun yang kecik. Semua masih gagah berjalan. Esoknya lepas chec out, berjalan lagi……. kuat sungguh, sampai tengahari gaduh nak makan nasi kuah asam pedas Melaka. Tut..tut pi kat perigi Hang tuah dulu, pakat dok tahan lapar…… sampai kat warung Pak Enal apa lagi pakat belasahlah. Alhamdulillah sedap asam pedas dia dan harga kat situ pun o.k la. Ingat lepas tu naik bas kot nak relax…..tak jadi juga, dan lagi stop kat kereta lembu.Pakat naik pulak. Hat berat pun teringin nak naik sampai cunggit kereta lembu tu, nak u-turn pun kesian kat lembu, maklumlah masing-masing berat antar “ 2-5 kilo”. Macamana pun memang syok. Riuh rendah dibuatnya kat Melaka. Moga kita boleh pi lagi macam ni……!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan