Sabtu, 10 Oktober 2009
Majlis Harijadi Bulan Oktober
9 Oktober- Sambutan harijadi ahli waris 279 bagi bulan Oktober berlangsung meriah kelmarin. Majlis yang berlangsung di rumah Andak itu dihadiri semua ahli waris yang berada di Alor Setar, manakala yang berada di luar Alor Setar hanya boleh mendengar cerita melalui blog ini sahaja. Seramai 5 orang ahli waris 279 yang menyambut harijadi masing-masing pada bulan ini iaitu Angah Sungai (L), Izzatti, Kiki, Yana dan Taqi. Majlis semalam menghidangkan pelbagai masakan dimulakan dengan makan tengahari yang menampilkan pelbagai lauk pauk yang amat lazat, kemudian kek harijadi dan diakhiri dengan laksa. Insya Allah, bertemu di bulan depan pula majlis yang seperti ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan