Sabtu, 3 Oktober 2009

Open House Anjang

Anjang sedang melayan tetamu
Kali ke berapa dah Hilmi makan ni?
Bergambar bersama student Arab
Ada tukang picit di open house
Antara mereka yang mai.....jiran TM dan Titi Gajah

2 Oktober 2009- Open house di Taman Malaysia kelmarin memang best. Selain menu yang pelbagai, kehadiran tetamu yang bukan saja pelbagai bangsa tetapi negara amat meriah sekali. Antara tetamu luar yang hadir ialah kawan-kawan Anjang dari UUM dan di Perth dulu. Selain tu, student2 Anjang khususnya berbangsa Arab dari Saudi,Jordan,Palestin dan Libya turut sama memeriahkan open house kelmarin.

Sementara itu, ahli waris 279 membuat ketetapan bahawa sambutan Birthday semua ahli di bulan Oktober akan diadakan serentak seperti berikut:

Tarikh : 9 Oktober 2009
Tempat : Rumah Andak
Masa : Selepas Solat Jumaat

Menu:
Nasi Putih : Andak/Cik Dan/Angah atau Atam (sapa2 tau tolong confirm)
Pindang : Andak
Terubok : Andak
Asam Pedas : Angah
Sup Ayam : Alang
Kerabu Pucuk Paku : Atam
Ikan Goreng : Cik Dan
Ulam-ulaman : Angah Sungai
Dessert : Achik
Kek : Izzatti

Semua ahli dijemput hadir!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan