Ahad, 1 November 2009
Jamuan di Rumah Cik Dan!!!
31 Oktober- Alhamdulillah, seperti yang dirancangkan, kelmarin sekali lagi setelah 3 minggu tanpa sebarang perjumpaan, waris 279 berkumpul lagi. Kali ini di rumah Cik Dan yang kebetulan akan menyambut hari kelahiranny yang entah kali ke berapa bersama Taqi yang baru kali ke 12. Boleh dikatakan semuanya dapat hadir kecuali mereka yang berada di Lembah Kelang, malah Kak Ngah pun sempat mai dari Penang. Terima kasih kepada semua yang hadir khususnya yang bawa hadiah. Tahun depan bawa hadiah yang hebat lagi......he..he.
Di perjumpaan ini juga diadakan mesyuarat mengenai sambutan hari raya korban. Insya Allah semua ahli waris 279 akan berkumpul di Taman Malaysia pada hari raya pertama selepas jam 3 petang. Kalau ada rezeki kita boleh buat korban.....kalau tidak tunggu orang mai sedekah daging. Mesyuarat juga turut membincangkan mengenai majlis pertunangan Izzatti yang bakal diadakan pada hari raya haji ke-3 iaitu pada 29 November 2009. Antara keputusan dibuat untuk tarikh tersebut ialah semua ahli waris dikehendaki berkumpul di Taman Malaysia mulai jam 10 pagi. Makan tengahari di sana. Majlis pertunangan dijangka akan diadakan pada jam 3.00 petang. Untuk tujuan tersebut setiap keluarga diwajibkan memberi sumbangan sebanyak RM 20.00 (kalau nak bagi lebih amat-amat dialukan). Bayaran secara tunai sahaja hendaklah diserahkan kepada Cik Dan pada perjumpaan Hari Raya Haji pertama. Untuk pengumuman lain mengenai majlis ini akan diumumkan kemudian Insya Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan