Sabtu, 21 November 2009

Program Hari Raya Korban!

Assalamualaikum! Berkenaan dengan agenda dan program untuk hari raya aidil adha ni, Cik Dan minta maaf pasai terlupa kat mana kertas yang Izati tulis samada dia dah bagi atau belum. Dah cuba contact dia tapi belum ada respons. Apa pun yang Cik Dan ingat program kita adalah seperti berikut:

Hari raya 1 : Berkumpul di Taman Malaysia selepas jam 3.00 petang. Menu tak ditetapkan sebab hari tu tiada korban. Cik Dan dah booking satu tompok di Masjid Alor Merah dan dah pun bayar. Sorang RM 30 saja. Jadi hari tu pakat bawa duit RM 50. RM 20 lagi untuk majlis pertunangan Izati. Pada Raya 1 ni dicadangkan makanlah apa yang ada. Mungkin ada menu yang boleh dicadangkan, masukkan dalam chat kita....ok. Pada hari ini juga ada mesyuarat mengenai pertunangan Ati.

Hari Raya 2: Majlis korban di Masjid Alor Merah. Harap sapa-sapa yang ada kesempatan, pi Masjid ambil daging sebab Cik Dan tak boleh pi. Daging ni boleh dibuat menu untuk makan tengahari hari raya ke-3.

Hari Raya 3: Majlis pertunangan Izati. Semua ahli diminta berkumpul jam 10 pagi di Taman Malaysia. Makan tengahari di sana.....boleh guna daging korban dan kita tambah lauk lain sikit. Kita boleh bincang pada perjumpaan hari raya 1. Majlis pertunangan Izati akan diadakan jam 3.oo petang. Antara menu yang dicadangkan:

Mee ,Bihun Goreng dan Rendang (Along,Angah,Alang, Angah Sungai dan Atam)
Ketupat (Andak)
Kuih Muih dan Air -teh O & sirap(Anjang/Achik)
Bahulu (Cik Dan)
Hantaran (Family Angah)

Itu saja yang ingat....tak tau la betoi ka dak.....harap pakat-pakat habaq dan peringat. Tapi tak pa Raya pertama kita boleh bicang lain!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan