Isnin, 19 September 2011

Menjejaki kaum kerabat Tok Ayah!

Yang laki tu Bg.Ya pernah kerja di Sek Sains Kedah, yang dok sembang dgn Along tu Kak Yam (bini Bg Ya)

17 Sept yang lepas, Cik Dan, Along dan Angah Sungai sempat hadir kenduri perkahwinan kaum kerabat Tok Ayah di Dewan SK Pokok Sena, Tasek Gelugor. Alhamdulillah, dapat juga kami semua menghubungkan semula silaturrahim dengan adik beradik kita sebelah Tok Ayah yang terputus agak lama. Seronok betul depa bila tengok kami mai. Banyak cerita dibualkan. Sebenarnya depa ni semua asal dari Kg Jawa, Pinang Tunggal (Tg.Putus). Depa ni dua pupu saja dgn kita. Tok wan dengan tok depa dua beradik. Bila Cik Dan tunjuk buku silsilah yang tok ayah buat pakat dok tanya pasai keturunan termasuk Pak Ngah Lah yang ada masa tu. Insya Allah kalau ada masa kita pi ziarah kaum puak tu pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan