Selasa, 6 September 2011
'Open House' Waris 279 Meriahhhh!!
2 Sept 2011-Open House Waris 279 yang pertama kali dianjurkan telah dihadiri hampir 1000 orang tetamu. Sungguh meriah melihat suasana hari raya pada hari tersebut. Mana tidaknya, sebelum Jumaat lagi para tetamu tekah mula memenuhi khemah jamuan yang disediakan. Kehadiran tetamu yang tidak putus-putus langsung tidak memenatkan ahli waris 279 yang terus melayan para tetamu dengan penuh mahabbah. Yang bakaq satay walaupun berair mata terus setia bakaq satay, yang buat ayaq biar berpeluh tetap buat ayaq, hat goreng kuehteow biar berpanas masih setia dengan belanganya. Pendek kata, semua kelam kabut menyediakan juadah untuk tetamu yang tak terjangka sambutannya sebegini hebat. Biar tuan rumah tak makan asalkan jangan dibiarkan tetamu kelaparan. Rugi sapa yang tak mai. Pada waktu malam ahli waris 279 sempat mengagihkan duit raya dan bersalam-salaman. Insya Allah boleh buat lagi pada masa akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan