Isnin, 3 Ogos 2009
Pasukan Kuning Unggul !!!
1 Ogos 2009- Seperti yang dijangka,pasukan Kuning tidak menghadapi masalah untuk menjuarai Kejohanan Tertutup Bowling Waris 279 Sabtu lepas. Pasukan yang dianggotai oleh Cik Dan,Fazly, Yana,Saufi dan Angah Sungai telah menunjukkan permainan yang konsisten sejak awal permainan lagi. Walaupun dicabar hebat oleh pasukan merah,putih dan hijau namun berkat kesabaran pemain-pemain kuning telah membuahkan hasil. Menurut Yana, salah seorang anggota pasukan Kuning, beliau begitu teruja dengan perlawanan ini tetapi bangga apabila dapat membantu rakann sepasukan untuk bergelar juara. Sementara itu Faiz, salah seorang pencabar terdekat kejohanan ini yang mewakili pasukan Putih akur dengan kehebatan kuning dan berazam untuk bangkit pada kejohanan-kejohanan akan datang. Pertandingan bowling ini diadakan sempena majlis perjumpaan waris 279 yang boleh dikatakan semua ahlinya telah hadir. Moga program ini dapat diadakan pada masa akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan