Sabtu, 22 Ogos 2009

Majlis Berbuka Puasa Waris 279 & Keputusan Mesyuarat!

Assalamualaikum! Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Berbuka Puasa Waris 279 pada 21 Ogos 2009 telah memutuskan bahawa majlis berbuka puasa akan diadakan mengikut giliran seperti berikut sepanjang Ramadan 1430H:

28 Ogos 2009: Rumah Andak
4 September 2009 : Rumah Atam
11 September 2009 : Rumah Angah Sungai
17 September 2009 : Hotel Regency (Sila maklum segera kepada Angah jika nak ikut, perlu cepat untuk tujuan tempahan)
18 September 2009 : Rumah Cik Dan

Semua ahli waris 279 dijemput hadir pada tarikh dan tempat yang ditetapkan sebelum jam 7.00 malam. Sila bawa menu yang dipersetujui oleh ahli mesyuarat. Untuk Majlis Berbuka Puasa Yang Pertama pada 28 Ogos 2009 di rumah Andak, mereka yang perlu menyediakan menu makan adalah seperti berikut:

Andak : Nasi + Ayam masak merah
Alang : Sayur Pucuk
Along : Ikan Masak Cabai
Atam : Kanji
Cik Dan : kuih (Manis)
Angah : Pegedil
Angah Sungai : Kerabu
Anjang : Ikan Bakar + Air Asam
Cu Lin : Kuih Pedaas
Ateh : Cendoi
Achik: Ais/minuman


Selain itu, mesyuarat juga bersetuju untuk membuat collection duit sempena majlis berbuka puasa dan tahlil arwah ayahanda bonda di Masjid Alor Merah. Sumbangan boleh diberikan kepada Cik Dan selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2009. Kutipan moreh akan dikumpul oleh Anjang.

Di samping itu mesyuarat juga bersetuju untuk konvoi menziarah saudara mara di Paya Keladi dan Kepala Batas pada hari raya kedua. Mereka yang bersetuju sila maklumkan dengan segera kepada Along untuk urusan pentadbiran dan aturcara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan