Sabtu, 29 Ogos 2009
Iftar di Rumah Andak dan Tugasan Berikutnya!!
28 Ogos 2009- Alhamdulillah, seperti dirancang majlis Iftar Jamaie atau Berpuka Puasa dapat juga diadakan di rumah Andak semalam. Ini adalah Iftar kali-1 bagi waris 279 dan akan disusuli dengan Iftar di rumah ahli waris 279 yang lain pula. Iftar semalam turtu dihadiri oleh ahli waris 279 yang jauh iaitu family Cu Lin. Majlis tetap meriah macam biasa dimulakan dengan doa berbuka, makan, solat Maghrib dan solat Terawih.
Dalam pada itu mesyuarat terkejut yang diadakan semalam telah mengambil keputusan tergempar untuk mengadakan Iftar Jamaie kali ke-2 di rumah Angah Sungai pada 31 Ogos 2009 atau 10 Ramadan 1430H. Berikut adalah menu yang perlu disediakan oleh waris 279
Angah Sungai : Nasi Putih dan Gulai Daging
Along : Cabai Patah
Angah : UdangGoreng
Alang : Murtabak
Anjang :Telur Balado
Andak : Ikan berinti
Atam : Kanji
Cik Dan : Ayam Panggang
Achik : Dessert
Untuk Iftar di rumah Atam yang telah ditetapkan pada 4 September 2009 pula, menunya seperti berikut:
Atam : Nasi Tomato dan Korma telur
Angah Sungai :Kuih Pedas
Along : Jelatah & Air Asam
Angah : Tepung Pelita
Alang : akan umum kemudian
Anjang : Daging Bakar
Andak : Ayam
Mak cik : Kelempung & Perut Rebus
Achik : Dessert
Sebarang maklumat lanjut, hubungi Anjang!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan