Selasa, 27 Disember 2011
Bertadang ke rumah Shaziq & Pak Ngah Lah
24 Dis 2011-Rombongan waris 279 selamat bertandang ke rumah pengantin lelaki di Arau, Perlis. Agak awal rombongan ni sampai dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dapat makan gulai daging yang masih panas. Habis program di Arau, semua ahli bergerak ke Penaga untuk makan kenduri di rumah Pak Ngah Lah. Hebat sungguh kenduri di rumah Pak Ngah, jalan jem dan orang memang ramai sangat. Alhamdulillah.....dapat makan juga malah sempat lagi makan ais kacang walau terpaksa berbaris panjang.
Selasa, 20 Disember 2011
Afeeta Myisha!
3 Disember 2011- Alhamdulillah, waris 279 terus menerima anggota baru apabila Cu Lin selamat melahirkan anaknya yang ketiga, Afeeya. Tahniah untuk Paksu dan Cu Lin. Untuk pengetahuan semua Cu Lin akan mengadakan kenduri aqiqah pada 30 Disember 2011 selepas solat Jumaat. Semua ahli waris 279 dijemput hadir.
Sabtu, 3 Disember 2011
PERINGATAN !!!!!!
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu disediakan menjelang kenduri Yana:
RM 200 sekeluarga pada 15 Disember 2011.
RM 200 sekeluarga pada 15 Disember 2011.
Akad nikah (17/12/11)
Kenduri (18/12/11)
Kenduri sebelah shaziq (24/12/11)
Hantaran kawin:
- sirih (angah)
- bunga halwa (andak)
- buah (culin)
- coklat (anjang)
- toiletries (acik)
- Bahulu (angah sg.)
- biskut (alang)
- baju kemeja dan tie (cikdan)
- nasi dan lauk ayam(atih)
- stoking (atam)
- kek(yana)
- sejadah(yana)
1 Coklat lollipop (cik dan)
2 telur (along)
3 Bahulu (700 paket) - cik dan
4 Kuih kapal terbang(1000 keping)- cik dan
5 Kuih karas (atam)
6 Bunga telur 200 akan ditaja oleh andak
- Menu sampingan
Laksa 10kg (Along)
Rojak (Alang)
Teh tarik (Bg Shid)
tapai (Pak Ngah)
- Menu pd upacara pembukaan hadiah
Bihun goreng (Along)
Satay& kuah kacang (Alang)
HUBUNGI ALONG UNTUK MAKLUMAT LANJUT!!!!!
Ahad, 27 November 2011
Sejarah 21 tahun lalu!
28 November 1990- Sedar-sedar dah 21 tahun berlalu! Anugerah Keluarga Bahagia yang diterima oleh keluarga waris 279 pada tarikh tersebut oleh pihak kerajaan amat dikenang. Malah di peringkat kebangsaan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir yang sampaikan. Bangga melihat Al-Marhum Tok Ayah dan Al-Marhumah Mak Tok naik ke pentas menerima anugerah tersebut. Sayangnya Cik Dan dan Ateh tak dak sebab sedang belajar di luar negara. Yang lain rasanya dapat bersama Tok Ayah dan Mak Tok. Pengorbanan Tok Ayah dan Mak Tok sememangnya tiada tandingan dan tidak terbalas. Nampaknya tiada seorang pun anak-anak depa yang dapat ikut. Mana tidaknya, mana ada sorang pun ada anak lebih 5. Tiga orang pun dah tak larat nak jaga. Tok Ayah dan Mak Tok jaga 10 orang tambah lagi dengan anak-anak angkat yang lain..... ramai. Walaupun pendapatan kecik tapi berkat, itu yang kita nak. Moga anak-anak dan cucu Tok Ayah yang lain ada yang dapat ikut jejak mereka suatu hari nanti dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya dan bahagia sehingga hari ini. Ya Allah! Engkau limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMu kepada semua keturunan kami! Moga Kami semua sentiasa berpegang teguh dengan aqidah Islam dan Iman yang telah ditanam oleh ibu bapa kami! Ya Allah! Kasihanilah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka mengasihani kami semasa kami keci! Ya Allah! Tempatkanlah mereka berdua dalam kalangan orang yang soleh dan sentiasa didalam perlindunganMU! Amiiiii Ya Rabbal 'Alamin!
Afeef Berkhatan!
26 Nov 2011- Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar kelmarin. Afeef selamat di khatankan di Poliklinik Ehsan. Nampak Ok ja dia, tak nampak takut langsung....ok la tu. Yang penting dia tak teriak. Cu Lin juga sempat mengadakan sedikit jamuan sempena khatan Afeef ni. Ramai juga datang sampai ke tengah malam. Geng Waris 279 pula ambil kesempatan berkumpul di rumah CuLin untuk main futsal....fuh sampai ada yang tersalah urat, cedera dsb. Tapi memang besttt. Insya Allah akan ada lagi game yang menarik bila berkumpul nanti.
Sabtu, 12 November 2011
Yana Bertunang ! Tahniah!
4 Nov 2011- Alhamdulillah, semua perancangan yang diatur untuk majlis pertunangan Yana berjalan baik walaupun rombongan lelaki tiba agak lewat sikit. Perbincangan kedua pihak hanya mengambil masa 15 minit sebelum jamuan tengahari disediakan. Insya Allah majlis ijab kabul akan diadakan pada 17 Disember 2011 manakala 18 Disember pula ialah hari kenduri yang akan diadakan di dewan JPN.
Isnin, 24 Oktober 2011
Tahniah Mimi!!!!
21 Okt 2011- Selepas Kak Long dan Ati, waris 279 menerima kehadiran warga baru daripada family Mimi pada Jumaat lepas. Mimi selamat melahirkan anak perempuan di PMC yang kebetulan tarikh lahir baby sama dengan Yana. Alhamdulillah, rombongan waris 279 yang berkesempatan ke PMC selepas balik dari Family Day di Pantai Merdeka mendapati ibu dan anak Alhamdulillah, sihat, Diberitakan Mimi dan baby dah balik ke rumah di Tmn Bayu. So, bagi yang tak pi tengok lagi bolehlah ke rumah Along. Tahniah untuk Mimiiiii!!!
Family Day di Pantai Merdeka!!!
21-22 Oktober 2011- Memang seronok berkumpul di Pantai Merdeka. Walaupun ruang rumah agak sempit, tetapi ia tidak menghalang ahli waris 279 untuk meneruskan program yang telah dirancang. Hujan lebat petang Jumaat menambahkan lagi kemeriahan acara sukaneka dan futsal. Riuh rendah tengok budak-budak bawa bola ping pong, tiup belon, yg orang tua golek nyior macam main bowling, asing kacang selain teka kacang yang dimenangi oleh Fazli. Insya Allah, Family Day Waris 279 akan diadakan lagi......paling penting semua kena hadir baru bessssstttt!
Ahad, 16 Oktober 2011
PENGUMUMAN/INFORMASI PENTING!!!!
1)HARIKELUARGA WARIS 279
Family yang confirm pi: Family Along, Angah, Alang, Atam, Cik Dan, Cu Lin, Achik and anak-anak Anjang. Family Angah Sungai masih 50/50.
Semua peserta dikehendaki bekumpul di R&R Gurun jam 8.30 pagi. Check in 21 Okt, 2.00 p.m, check out 22 Okt, 1.00 p.m.
Achik akan sedia hadiah. ALang prepare acara dewasa perempuan, Atam acara kanak-kanak, Paklang acara dewasa lelaki. Cabutan bertuah akan turut diadakan (agak lumayan).
2)KENDURI YANA
11.11.11 Jam 11 PAGI- majlis merisik dan bertunang
17.12.11 - Akad Nikah di Taman Bayu
18.12.11 - Kenduri di Dewan al-Farabi, Kompleks Pendidikan.
Hantaran : Angah-Bekas sireh, Alang-Kuih Anjang-Coklat, Andak-Halwa, Ateh-Masak nasi, Atam-Sejadah, Cik Dan-Kemeja, Cu Lin-Buah, Angah Sungai-Bahulu.
Maklumat Lanjut mengenai hal kenduri ni dan apa yang nak kena buat TANYA YANA! Dia dah tulis senarai tugas hasil keputusan mesyuarat. Mungkin yang ditulis ni ada yang tak betul. Sorry. Sekadar maklumat awal.
Family yang confirm pi: Family Along, Angah, Alang, Atam, Cik Dan, Cu Lin, Achik and anak-anak Anjang. Family Angah Sungai masih 50/50.
Semua peserta dikehendaki bekumpul di R&R Gurun jam 8.30 pagi. Check in 21 Okt, 2.00 p.m, check out 22 Okt, 1.00 p.m.
Achik akan sedia hadiah. ALang prepare acara dewasa perempuan, Atam acara kanak-kanak, Paklang acara dewasa lelaki. Cabutan bertuah akan turut diadakan (agak lumayan).
2)KENDURI YANA
11.11.11 Jam 11 PAGI- majlis merisik dan bertunang
17.12.11 - Akad Nikah di Taman Bayu
18.12.11 - Kenduri di Dewan al-Farabi, Kompleks Pendidikan.
Hantaran : Angah-Bekas sireh, Alang-Kuih Anjang-Coklat, Andak-Halwa, Ateh-Masak nasi, Atam-Sejadah, Cik Dan-Kemeja, Cu Lin-Buah, Angah Sungai-Bahulu.
Maklumat Lanjut mengenai hal kenduri ni dan apa yang nak kena buat TANYA YANA! Dia dah tulis senarai tugas hasil keputusan mesyuarat. Mungkin yang ditulis ni ada yang tak betul. Sorry. Sekadar maklumat awal.
Isnin, 19 September 2011
Menjejaki kaum kerabat Tok Ayah!
Yang laki tu Bg.Ya pernah kerja di Sek Sains Kedah, yang dok sembang dgn Along tu Kak Yam (bini Bg Ya)
17 Sept yang lepas, Cik Dan, Along dan Angah Sungai sempat hadir kenduri perkahwinan kaum kerabat Tok Ayah di Dewan SK Pokok Sena, Tasek Gelugor. Alhamdulillah, dapat juga kami semua menghubungkan semula silaturrahim dengan adik beradik kita sebelah Tok Ayah yang terputus agak lama. Seronok betul depa bila tengok kami mai. Banyak cerita dibualkan. Sebenarnya depa ni semua asal dari Kg Jawa, Pinang Tunggal (Tg.Putus). Depa ni dua pupu saja dgn kita. Tok wan dengan tok depa dua beradik. Bila Cik Dan tunjuk buku silsilah yang tok ayah buat pakat dok tanya pasai keturunan termasuk Pak Ngah Lah yang ada masa tu. Insya Allah kalau ada masa kita pi ziarah kaum puak tu pula.
Selasa, 13 September 2011
Dua ahli baru waris 279!
Waris 279 telah menerima kehadiran dua ahli baru iaitu Ammar Hazim (anak Kak Long/Hafiz) dan Adam Danish (Anak Izzatti/Edi). Keahlian mereka berdua diluluskan serta merta oleh AJK Tertinggi Waris 279. Tahniah kepada keuarga Angah Sungai dan Angah atas kehadiran cucu yang comel ini. Moga waris 279 sentiasa dirahmati Allah dan didoakan keturunan waris 279 akan dipelihara dan sentiasa diberi petunjuk olehNYa. Amiiin!!
Selasa, 6 September 2011
'Open House' Waris 279 Meriahhhh!!
2 Sept 2011-Open House Waris 279 yang pertama kali dianjurkan telah dihadiri hampir 1000 orang tetamu. Sungguh meriah melihat suasana hari raya pada hari tersebut. Mana tidaknya, sebelum Jumaat lagi para tetamu tekah mula memenuhi khemah jamuan yang disediakan. Kehadiran tetamu yang tidak putus-putus langsung tidak memenatkan ahli waris 279 yang terus melayan para tetamu dengan penuh mahabbah. Yang bakaq satay walaupun berair mata terus setia bakaq satay, yang buat ayaq biar berpeluh tetap buat ayaq, hat goreng kuehteow biar berpanas masih setia dengan belanganya. Pendek kata, semua kelam kabut menyediakan juadah untuk tetamu yang tak terjangka sambutannya sebegini hebat. Biar tuan rumah tak makan asalkan jangan dibiarkan tetamu kelaparan. Rugi sapa yang tak mai. Pada waktu malam ahli waris 279 sempat mengagihkan duit raya dan bersalam-salaman. Insya Allah boleh buat lagi pada masa akan datang.
Langgan:
Catatan (Atom)