Sabtu, 27 Ogos 2011
Ikan Keli vs Kepala Ikan
Majlis berbuka puasa di rumah Andak semalam menampilkan hidangan yang mengiurkan ahli waris 279. Betapa rajinnya Andak menyediakan dua jenis gulai berbeza bagi meraikan ahli waris 279 agar tidak kempunan makan maasakan Andak. Mana tidaknya, tak semua makan ikan keli, so terpaksalah Andak masak pula gulai kepala ikan. Kemas jug Andak besiang ikan keli. Selain tu, menu-menu lain turut habis disambar semua mereka yang hadir. Tak kiralah sambal udang ka, ayam kicap ka, sayur pucuk ubi ka dll semuanya langsai. Alhamdulillah berselera benar ahli waris 279 kali ni, malah Mimi yang sentiasa setia dengan majlis berbuka kali ni turut berselera besar apabila dihidangkan dengan kerabu tembikai oleh Along. Ahli waris 279 juga turut mengambil kesempatan mengadakan mesyuarat khas mengenai open house yang akan diadakan pada 2 Sept nanti di rumah Waris 279.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan