Ahad, 14 Ogos 2011
Giliran Rumah Atam Pula!
Alhamdulillah, seperti mana yang dirancang, semua ahli waris 279 berkumpul di Kuala Nerang untuk berbuka puasa di rumah Atam, malah Mimi yang asal tak jadi balik pun sanggup pederas balik dari Ipoh dan balik semula selepas moreh. Lauk pauk malam tu memang mantop tambah pula ada daging rusa dan kerabu beka. Macam biasalah majlis berbuka ni disusuli dengan solat terawih berjemaah dan moreh. Malam tu juga buat majlis harijadi Deejah. Selain itu ahli waris 279 turut mengambil kesempatan bermesyuarat untuk mengadakan 'open house' hari raya. Insya Allah akan dibuat pada hari raya ke-4 di Taman Malaysia. Untuk majlis minggu depan, Insya Allah rumah Achik pula akan diserbu dan menunya adalah seperti berikut:
Along - Nasi Hujan Panas Angah/Cu Linn - Goreng Hati Alang - Dalca Anjang - Korma telur Andak - Kuih Atam - Kanji Cik Dan - Ais Krim Achik - Air
Semua ahli waris 279 dijemput seperti biasa untuk mai berbuka! Mai jangan tak mai!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan