Ahad, 7 Ogos 2011

Majlis Ifthar di rumah Cu Lin

Kiki dan Helmi cuba amal 'diet'

Antara hidangan yang membuka selera malam tadi

Rupanya Wanie ada, baru perasan bila upload gambar ni, dia dok di 'kuih's corner'

Dua beranak ni memadai berbuka dengan tembikai ja.....bagus!

Ini bukan lakonan tapi bersedia untuk solat terawih...


6 Ogos 2011- Buat pertama kalinya, Cu Lin menjadi tuan rumah majlis Ifthar waris 279. Maklumlah selama ni dok di KL, pindah ja Kedah terus terpilih menjadi tuan rumah pertama majlis ifthar tahun ni. Boleh dikatakan semua ahli waris 279 dapat berkumpul kali ini terpaksa Mimi yang sanggup balik dari Ipoh. Keluarga Angah Sungai tak dapat hadir sebab masih dalam proses pantang jaga Ammar Hazim. Menu berbuka semalam memang mantop dan menyelerakan, gulai ikan kering, sayur campur, ayam panggang, ikan bakar dan entah apa lagi banyak sungguh. Kuih pun banyak sampai lepas terawih pun tak habis lagi. Apa pun majlis ni memang syok, rugi sapa tak mai....Insya Allah kita jumpa minggu depan (Jumaat) di rumah Atam pula dan menu special yang telah disahkan ialah seperti berikut:
1.Along : Ikan Pais 2.Alang : Air+Puding 3.Andak: Ayam goreng 4.Atam : Nasi + Gulai Daging Rusa+Siput Sedut 5.Cik Dan : Kerabu Taugeh+Pucuk Paku+Paru 6.Achik : Daging goreng 7.Cu Lin : Popia Jemput semua ahli waris 279 ke rumah Atam Jumaat depan (12 Ogos) di Kuala Nerang. Jgn Lupa tau menu special 'daging rusa' dan juga ada majlis harijadi Deejah. Jangan lupa bawa hadiah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan