Selasa, 2 Ogos 2011

Kenduri Kesyukuran !


30 Julai 2011- Alhamdulillah kenduri kesyukuran sempena sambutan Awal Ramadan berjaya juga diadakan. Walaupun persiapan tidaklah dirancang dengan rapi, namun perjalanan majlis ini tetap berjalan dengan baik. Kehadiran semua ahli waris 279 kecuali famili Ateh & Ati menjadikan majlis kali ini agak meriah walaupun disambut secara sederhana. Pelbagai jenis hidangan disediakan, antaranya, gulai ikan, gulai udang, kerabu togeh+perut, ikan bakar, ayam panggang dan banyak lagi telah berjaya membuka selera para jemputan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Imam Masjid Ar-Rahman dan para jawatankuasanya. Mereka turut mengadakan majlis tahlil di kediaman waris 279. Kepada semua yang bertungkis lumus menjayakan majlis ini ucapan terima kasih diucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan