Ahad, 21 Ogos 2011
Berkumpul di Rumah Achik Pulak!
Selepas rumah Atam diserbu minggu lepas dek kerana gulai rusa, tiba giliran rumah Achik pula yang turut menyediakan pelbagai juadah. Walaupun hanya korma telur tapi makan tetap makan...lapaq punya pasai. Program berbuka macam selalulah, lepas berbuka, gebang sat sementara nak solat terawih. Dah habis terawih ada moreh pula...kuih macam-macam termasuk ada bubur pulut hitam, agar-agar dan aiskerim. Budak-budak pula ambil kesempatan main bunga api walaupun hujan turun. Meriah lah dengar suara depa. OK, untuk minggu depan di rumah Andak, menu adalah seperti berikut:
Along :Masak lemak Pucuk Ubi/Mengkudu
Angah : Kuih
Alang : Asam Pedas
Anjang : Cendol
Andak : Nasi/Gulai Ikan Keli
Atam : Sambal/Ulam
Cik Dan : Ayam Masak Kicap
Achik : Sambal Tumis Udang
Cu Lin : Buah
SEMUA AHLI WARIS 279 DIJEMPUT HADIR!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan