Khamis, 11 Ogos 2011

Berbuka di Masjid





10 Ogos- Family Along, Alang, Anjang, Cik Dan, Achik dan Cu Lin sempat meluangkan masa untuk berbuka bersama dengan para jemaah Masjid Alor Merah malam tadi. Alhamdulillah, ramai juga yang datang berbuka. Turut hadir ialah Tuan Hj Ahmad b. Ali, Imam Masjid Alor Merah. Untuk tahun ini, agak suram sikit sebab selalunya pada majlis berbuka anjuran waris 279 akan dilihat kalut dan sibuknya Pak Bakar (menantu Arwah Pak Basir) tapi kali ini wajahnya sudah tiada. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada Mei lalu. Al-Fatihah untuk Pak Bakar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan